Laluan Puaka Seri Iskandar Ke Parit

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Kebanyakan penduduk setempat tahu akan kisah dan sejarah apa yang berlaku di jalan pendek untuk ke Pekan Parit dari Seri Iskandar itu sebelum ia dibuat jalan raya untuk orang awam. Entri kali ini hanyalah sekadar peringatan untuk orang luar agar tidak melalui jalan ini pada lewat malam seorang diri.

    peta jalan Seri Iskandar Ke Parit

    Dikatakan disitulah berlakunya pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Jepun terhadap orang Melayu pada satu ketika dahulu. Sehingga kini, masih ada kesan tembakan di batang pokok kayu balak yang menjadi saksi akan kejadian hitam disitu pada waktu itu. Kini, kawasan tersebut diwartakan sebagai hutan simpan Perak Tengah dan sebahagian darinya telah diubah status hutan simpan ke tanaman kelapa sawit. Mungkin disebabkan kerana peristiwa hitam tersebut, banyak berlaku kes gangguan makhluk halus yang kerap dilaporkan oleh penduduk setempat yang melalui kawasan tersebut pada waktu lewat malam.

    Sepanjang jalan yang sejauh lebih kurang 20 kilometer itu mempunyai liputan talian semua jenis telco yang sangat terhad. Tiada lampu jalan kerana tiada elektrik di kawasan tersebut yang menyebabkan kawasan tersebut gelap gelita dan hanya bertemankan hutan belantara dan ladang kelapa sawit. Faktor ini menyebabkan ada juga yang mengambil kesempatan untuk merompak pengguna jalan raya dengan berpura-pura kemalangan dan merompak mangsa apabila mereka cuba membantu.

    Kawasan tersebut juga penuh dengan binatang seperti babi hutan, kucing hutan, musang, kerbau dan lain-lain melintas jalan dengan tiba-tiba. Awas jika anda sedang memandu laju dan tiba-tiba mereka ini melintas boleh mengundang kecelakaan jalan raya. Jalan tersebut sangatlah sunyi dan amat jarang sekali untuk kita dapat lihat kenderaan lain yang lalu di kawasan tersebut pada lewat malam kerana mungkin ramai yang sudah tahu akan keadaan jalan tersebut.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.