OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
06:00:00
Syuruk
07:05:00
Zohor
13:15:00
Asar
16:16:00
Maghrib
19:18:00
Isyak
20:27:00
Seram

Laluan Puaka Seri Iskandar Ke Parit

13 Jan 2017 · 1 min baca · 13 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar
Kebanyakan penduduk setempat tahu akan kisah dan sejarah apa yang berlaku di jalan pendek untuk ke Pekan Parit dari Seri Iskandar itu sebelum ia dibuat jalan raya untuk orang awam. Entri kali ini hanyalah sekadar peringatan untuk orang luar agar tidak melalui jalan ini pada lewat malam seorang diri.

Kebanyakan penduduk setempat tahu akan kisah dan sejarah apa yang berlaku di jalan pendek untuk ke Pekan Parit dari Seri Iskandar itu sebelum ia dibuat jalan raya untuk orang awam. Entri kali ini hanyalah sekadar peringatan untuk orang luar agar tidak melalui jalan ini pada lewat malam seorang diri.

peta jalan Seri Iskandar Ke Parit

Dikatakan disitulah berlakunya pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Jepun terhadap orang Melayu pada satu ketika dahulu. Sehingga kini, masih ada kesan tembakan di batang pokok kayu balak yang menjadi saksi akan kejadian hitam disitu pada waktu itu. Kini, kawasan tersebut diwartakan sebagai hutan simpan Perak Tengah dan sebahagian darinya telah diubah status hutan simpan ke tanaman kelapa sawit. Mungkin disebabkan kerana peristiwa hitam tersebut, banyak berlaku kes gangguan makhluk halus yang kerap dilaporkan oleh penduduk setempat yang melalui kawasan tersebut pada waktu lewat malam. Sepanjang jalan yang sejauh lebih kurang 20 kilometer itu mempunyai liputan talian semua jenis telco yang sangat terhad. Tiada lampu jalan kerana tiada elektrik di kawasan tersebut yang menyebabkan kawasan tersebut gelap gelita dan hanya bertemankan hutan belantara dan ladang kelapa sawit. Faktor ini menyebabkan ada juga yang mengambil kesempatan untuk merompak pengguna jalan raya dengan berpura-pura kemalangan dan merompak mangsa apabila mereka cuba membantu. Kawasan tersebut juga penuh dengan binatang seperti babi hutan, kucing hutan, musang, kerbau dan lain-lain melintas jalan dengan tiba-tiba. Awas jika anda sedang memandu laju dan tiba-tiba mereka ini melintas boleh mengundang kecelakaan jalan raya. Jalan tersebut sangatlah sunyi dan amat jarang sekali untuk kita dapat lihat kenderaan lain yang lalu di kawasan tersebut pada lewat malam kerana mungkin ramai yang sudah tahu akan keadaan jalan tersebut.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.