Home Tags Masjid

Tag: masjid

Ucapan Sultan Idris II Ketika Usia 11 Tahun Di Mimbar Masjid

Pada hari Jumaat yang barakah bertarikh 11 Januari 1935 dan hendak dijadikan ceritanya, Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak iaitu Raja Idris Shah Ibni Sultan Iskandar Shah berangkat untuk menunaikan solat Jumaat berjemaah di Masjid Ridzuaniah yang terletak di Kuala Kangsar.

Kisah Masjid Tinggi, Mercu Tanda Bagan Serai

Pembinaan masjid lama ini diketuai oleh Haji Din bersama-sama dengan orang-orang Banjarmasin yang berhijrah ke Bagan Serai seperti yang diceritakan tadi.

Sejarah Disebalik Pembinaan Masjid Ubudiah Di Bukit Chandan

Satu ketika dahulu sebelum terbinanya Masjid Ubudiah, baginda Sultan Perak yang ke 28 iaitu Almarhum Sultan Idris I telah bercadang untuk membina sebuah masjid.

Masjid Lama Bandar Taiping, Masjid Paling Tua Di Taiping

Masjid Lama Bandar Taiping ini telah dibina pada tahun 1893 yang lalu oleh keluarga Ngah Ibrahim sendiri.

Kisah Masjid Usang 107 Tahun Di Kampung Teluk Memali, Perak

Surau asal dibina di tebing Sungai Perak mengalami masalah dengan hakisan tebing sungai dan bangunan surau tersebut kemudiannya dipindahkan ke lokasi yang lebih selamat oleh penduduk kampung.

Masjid Terapung Pertama Di Perak, Masjid Seribu Selawat Di Pulau Pangkor

Pembinaan Masjid Al-Badr Seribu Selawat di Pulau Pangkor bukan sahaja sebagai tempat ibadat tetapi ia adalah satu monumen baru yang ditekankan dalam seni bina pembinaan masjid dan secara tidak langsung menyumbang kepada produk pelancongan di Pulau Pangkor.

Kisah Dan Sejarah Disebalik Masjid 44 Kubah Di Ipoh

Idea pembinaan masjid ini asalnya daripada Allahyarham Orang Kaya-Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar Diraja Abdul Wahab pada tahun 1951. Beliau yang pada masa itu adalah Menteri Besar negeri Perak telah sedar bahawa masjid-masjid yang sedia ada di lpoh tidak mencukupi.

Masjid India Taiping Dibina Sempena Memperingati Seorang Wali

Masjid ini pada asalnya adalah sebuah madrasah pada tahun 1910 yang berstrukturkan kayu (dargah) dan masjid ini dibina sebagai memperingati seorang wali dan dinamakan Masjid India Mohamed Hanafi.

Solat Hajat Seluruh Perak Selepas Solat Jumaat

Tujuan solat hajat tersebut adalah jelas untuk mendoakan kebebasan Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis dari kekejaman Israel yang kejam. Datuk Mohd Yusop Hussin selaku pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) membuat keputusan untuk mengarahkan solat hajat di seluruh masjid negeri Perak setelah khutbah khas serta bacaa doa Qunut Nazillah dibuat minggu lalu.

Kisah Disebalik Masjid Panglima Kinta Di Kampung Kuchai, Ipoh

Segalanya bermula pada tahun 1898 apabila Datoh panglima Kinta Mohamed Yusof bin Lasam ingin memperingati arwah isteri tercintanya yang meninggal dunia dalam tahun yang sama iaitu tahun 1898. Oleh yang demikian, Datoh panglima Kinta Mohamed Yusof bin Lasam telah bercadang untuk membangunkan sebuah masjid yang besar untuk kegunaan penduduk setempat dan sesiapa sahaja menunaikan ibadat.

Masjid Kedua Paling Tua Dalam Bentuk Asal Di Perak

Masjid Papan yang dibina pada tahun 1888 oleh penghulu Papan yang bernama Raja Billah sejak tahun 1834 hingga tahun 1911 dikatakan adalah salah satu masjid kedua paling tua dalam bentuk asalnya di negeri Perak yang mana masih lagi kukuh berdiri di muka bumi Perak. Dikatakan juga bahawa Masjid Papan ini adalah masjid Mandailing yang paling tua di negeri Perak dan berkemungkinan, ianya juga adalah masjid Mandailing yang paling tua di Malaysia.

Exco Perak Yang Masuk Kampung Mengajar Mengaji Di Masjid-Masjid

Kenalkah anda kepada exco kerajaan Negeri Perak untuk Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah? Jika anda tidak kenal, teruskan membaca dan kami dari warga orangperak.com akan kenalkan secara ringkas tentang beliau pada anda. Perkenalan ini adalah penting untuk anda supaya anda kenal siapa yang memegang jawatan di dalam Perak. Beliau yang kami maksudkan adalah YB. Dato’ Drs. Mohd. Nizar bin Zakaria.

Mitos Istana Sultan Ismail Dan Sebuah Masjid Di Belanja, Perak

Sesetengah Istana peninggalan Raja-raja dahulu sudah tiada dari tapak pembinaannya akibat kemusnahan dari kesan peperangan dan penjajahan yang berlaku pada suatu masa dahulu namun masih ada gambaran serta tapak kedudukannya istana itu yang dapat dizahirkan dari cerita-cerita orang lama yang masih diambil pakai sebagai ilmu pengetahuan oleh kita hari ini.

Masjid Cina Mercu Tanda Di Tasek, Ipoh

Tahukah anda terdapat sebuah masjid di Taman Tasek Jaya, Ipoh dengan senibina unik Cina? Masjid ini dinamakan Masjid Muhammadiah bersempena nama masjid lama iaitu Madrasah Muhammadiah. Bagaimanapun, ia lebih dikenali dengan nama Masjid Cina oleh penduduk tempatan. Masjid ini telah siap dibina pada Ogos 2013 dan dibuka kepada orang ramai 4 hari sebelum Hari Raya Aidilfitri pada tahun yang sama.

Seni Unik Masjid Ihsaniah Iskandariah di Padang Rengas, Perak

Apabila anda sedang memandu melalui jalan di Kampung Kuala Dal, pandangan anda mesti teralih disebabkan dengan keunikan seni bila Masjid Ihsaniah Iskandariah yang amat berbeza dan amat menonjol berbanding dngan bangunan atau masjid lain yang pernah anda lihat sebelum ini. Apa yang paling jelas dan nyata sekali adalah jenis binaan bumbung yang dikenali sebagai bumbung limas yang mana kebiasaannya dibina untuk pembinaan sebuah surau atau madrasah.
99,526FansLike
29,848FollowersFollow
91FollowersFollow
230SubscribersSubscribe

Menarik