● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:53
Syuruk
06:59
Zohor
13:04
Asar
16:21
Maghrib
19:04
Isyak
20:13
Sejarah

Sejarah Lumut

15 Aug 2019 · 1 min baca · 293 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Menurut cerita rakyat tempatan, nama Lumut atau nama asalnya adalah Tanah Merah dibuka oleh Raja Ungku Busu pada abad ke-17. Serangan lanun ke atas bandar persisir air itu menyebabkan anak raja dari Selangor itu lari meninggalkan Tanah Merah.

Selepas beberapa tahun membuka Lumut, baginda serta pengikutnya telah diserang oleh lanun. Oleh yang demikian, Tanah Merah tinggal terbiar tidak didiami orang. Sungguh pun begitu, makam baginda tidak diketahui dimana lokasinya tetapi namanya masih tinggal menjadi kenangan iaitu Bukit Engku Busu yang terletak di belakang bandar Lumut sekarang. Melihat kembali sejarah awal Tanah Melayu, kapal wap berulang-alik antara Pulau Pinang dan Lumut digunakan untuk mengedarkan surat dan bahan keperluan. Kapal yang sama membawa balik bahan mentah hasil bumi dari Perak ke Pulau Pinang sebelum dieksport ke negara Barat. Lumut memainkan peranan penting sebagai pintu masuk pendatang Cina untuk bekerja di lombong bijih timah di sekitar Perak. Antara pendatang terawal termasuk Cina Methodist yang membuka penempatan di Setiawan.

peta perak 1870

Lumut kini berada di bawah pentadbiran daerah Manjong yang merupakan nama baru bagi daerah Dinding. Bandar ini terletak kira-kira 84km ke selatan bandaraya Ipoh, ibu negeri Perak. Pada 16 Febuari 1935, di Bandar Tanah Merah iaitu kini namanya Lumut telah berlaku istiadat menandatangani penyerahan daerah Dinding kepada kerajaan Negeri Perak dan bersemperna dengan peristiwa itu Tanah Merah diganti namanya dengan Bandar Lumut. Dan bagi memperingati peristiwa tersebut Masjid Al-Adly telah dibina di bandar Lumut sebagai melambangkan tanda kesyukuran atas penyerahan jajahan Dinding kepada kerajaan Negeri Perak. Kini, bandar kecil itu bertukar wajah dengan pembinaan Lumut Waterfront, projek pembangunan bersepadu untuk membangunkan kawasan persisir pantai Lumut. Projek meliputi kawasan seluas 36.25 hektar bernilai RM80 juta ini telah siap pada 2010. Kini Lumut kian popular sebagai medium untuk ke Pulau Pangkor.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.