Dalam lingkungan pada tahun 1935 yang mana pada masa itu, ada seorang anak gahara telah dijadikan pewaris untuk takhta Sultan Perak yang kedua pada waktu itu adalah Raja Idris Shah Ibni Sultan Iskandar Shah. Raja Idris pada waktu itu memegang gelaran Raja bergelar Raja Di Hilir Perak.
Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Raja Idris Shah baru berusia 11 tahun untuk tahun 1935 pada waktu itu. Seorang anak gahara kecil yang diberi gelaran yang hebat, sudah pasti terasa tekanan untuk menanggung bebanan serta tanggung-jawab untuk menggalas tugas-tugas sebagai Sultan Perak.
Kami pasti anda semua tahu bahawa Raja Idris Shah adalah anakanda kepada Sultan Iskandar Shah (Sultan Perak ke 30). Berbalik kepada tujuan artikel ini ditulis adalah untuk membangkitkan kembali memori serta kenangan semasa negeri Perak berada di bawah pemerintahan Almarhum Sultan Idris Shah II.
Pada hari Jumaat yang barakah bertarikh 11 Januari 1935 dan hendak dijadikan ceritanya, Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak iaitu Raja Idris Shah Ibni Sultan Iskandar Shah berangkat untuk menunaikan solat Jumaat berjemaah di Masjid Ridzuaniah yang terletak di Kuala Kangsar.
Raja Idris Shah di iringi oleh beberapa orang-orang besar untuk menunaikan solat jumaat di Masjid Ridzuaniah. Apa yang berlaku setelah selesai semua jemaah masjid menunaikan solat Jumaat amat mengejutkan semua orang yang ada di sana. Hal ini adalah kerana Yang Amat Mulia Raja Idris Shah telah mengambil kesempatan untuk memberi ucapan di atas mimbar masjid tersebut.
kredit gambar Sembang Kuala
“Tuan, cuba kita pandu dengan bersungguh-sungguh menyukakan Tuhan kita dan Raja kita, iaitu menuntut ilmu dan beribadat seperti sembahyang lima waktu dan jemaah dan lainnya.
Cubalah kita pandu dengan bersungguh-sungguh supaya jangan dimurkai oleh Tuhan kita dan Raja kita, kerana siapa-siapa yang dimurkai oleh Tuhannya di dalam Neraka nampaknya, dan siapa-siapa yang dimurkai oleh Rajanya, tiada berguna duduk di dalam negeri ini.
Saya ini budak lagi bodoh, tetapi apa-apa yang saya dengar dan apa-apa yang saya lihat nanti saya khabarkan kepada bapa saya; hanya doa saya Selamat Umur Panjang sekalian isi negeri Perak ini”.
Ucapan Yang Amat Mulia Raja Idris Shah amat pendek, ringkas dan cukup padat! Apa yang diucapkan oleh Yang Amat Mulia amat bermakna dalam memperkenalkan keperibadiannya. Ucapan ini membuatkan seluruh rakyat yang ada disitu terasa tenang akan bertapa baiknya keperibadian seorang raja kecil yang bakal menjadi Sultan negeri Perak.
Sumber dan olahan dari surat khabar Warta Malaya bertarikh 16 Januari 1935