26.3 C
Ipoh
Thursday, 17 July 2025

Kerajaan Negeri Perak Beri Sumbangan RM5,000 kepada Waris Anggota FRU Terkorban dalam Tragedi Teluk Intan

- Advertisement -
- Advertisement -

Kerajaan Negeri Perak Beri Sumbangan RM5,000 kepada Waris Anggota FRU Terkorban dalam Tragedi Teluk Intan

Kerajaan Negeri Perak telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM5,000 kepada setiap waris sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam kemalangan ngeri di Teluk Intan pada 13 Mei lepas.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, menjelaskan bahawa pemberian tersebut diputuskan dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Perak sebagai tanda simpati dan sokongan kepada keluarga mangsa.

“Sebelum ini, kerajaan negeri turut memberikan bantuan yang sama kepada waris mangsa nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut. Kini, kita meluluskan peruntukan serupa bagi meringankan beban keluarga anggota FRU yang terkorban dalam tragedi ini,” jelasnya.

Sumbangan itu telah diuruskan oleh Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) dan diserahkan secara rasmi kepada keluarga terlibat.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Peluncuran Pelan Tindakan Ekonomi Digital Negeri Perak 2030 dan Blueprint Bandar Pintar Negeri Perak 2040 hari ini. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Sandrea Ng Shy Ching, serta Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri, Mohd Azlan Helmi.

Tragedi Pagi yang Menyayat Hati

Kejadian menyedihkan itu berlaku pada pukul 8.50 pagi 13 Mei lalu, melibatkan sebuah trak FRU yang membawa 18 anggota pasukan dari Unit 5 berpangkalan di Sungai Senam. Kenderaan tersebut dilanggar oleh sebuah lori bermuatan batu ketika dalam perjalanan pulang selepas bertugas sempena sambutan Chitrapournami di Teluk Intan.

Nahas itu mengorbankan sembilan anggota FRU, manakala sembilan lagi cedera parah dan sedang menerima rawatan. Tragedi ini bukan sahaja menimbulkan duka mendalam dalam kalangan rakan sepasukan, malah seluruh rakyat Malaysia turut berduka atas pemergian wira-wira yang bertugas menjaga keamanan negara.

Dengan sumbangan ini, diharapkan ia dapat sedikit sebanyak meringankan beban keluarga mangsa yang kehilangan sumber pendapatan utama. Kerajaan neeri juga mengucapkan takziah kepada semua keluarga terjejas dan berdoa agar roh para mangsa ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

📢
Jangan terlepas berita terkini kami! Sertai saluran rasmi WhatsApp Channel Orang Perak sekarang.
Klik & Sertai Sekarang
- Advertisement -
Iskandar Zulqarnain
Iskandar Zulqarnain
Pengasas bersama orangperak.com dan Jejak Warisan Teluk Intan
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here