Ikan Lumba-Lumba Wujud Di Kuala Sepetang, Perak

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Kewujudan ikan lumba-lumba di sepanjang perairan muara Sungai Sangga yang terletak di Kuala Sepetang adalah satu perkara yang bukan lagi asing buat penduduk yang tinggal di kawasan perkampungan nelayan ini.

    Iklan lumba-lumba ialah sejenis ikan mamalia yang berada dalam keluarga Phocoenidae. Mereka ini berkait dengan ikan paus dan ikan dolfin. Rupanya juga hampir serupa dengan dolfin cuma yang menjadi perbezaan utama rupa ialah muncung ikan lumba-lumba lebih pendek dan ikan lumba-lumba memiliki gigi leper manakala gigi dolfin berbentuk kon.

    Menurut pemandu bot tempoh hari yang ada membawa kami melihat ke sekitar kawasan belakang pelabuhan Kuala Sepetang yang dibina oleh Ngah Ibrahim pada satu ketika dahulu, waktu terbaik untuk melihat ikan lumba-lumba berenang-renang dan bermain di kawasan muara adalah sewaktu ketika air sedang pasang.

    Ikan Lumba-Lumba Wujud Di Kuala Sepetang

    Sungai Sangga ini secara tidak lansung menjadi habitat kepada ikan lumba-lumba yang kini menjadi salah satu tarikan utama dan agak popular di Kuala Sepetang.

    Sekiranya pengunjung bernasib baik, ikan lumba-lumba itu akan menghampiri bot untuk bermain arus yang ada di belakang bot secara tidak lansung dapat memuaskan dan menghiburkan hati para pelancong yang datang melihat keunikan yang ada di Kuala Sepetang.

    Ikan Lumba-Lumba Wujud Di Kuala Sepetang

    Kewujudan ikan lumba-lumba yang ada di perairan Kuala Sepetang ini sebenarnya mempunyai potensi untuk menjadi penyumbang yang agak besar dan baik dalam sektor pelancongan di Kuala Sepetang kerana habitatnya sukar didapati di mana-mana lokasi di semenanjung Malaysia.

    Masih ramai lagi sebenarnya penduduk di Malaysia khususnya yang tidak menyedari dan tidak sedar akan kewujudan ikan lumba-lumba di Kuala Sepetang.

    Ikan Lumba-Lumba Wujud Di Kuala Sepetang

    Jadi, kami warga orangperak.com merasa bertanggung-jawab untuk mewar-warkan perkara ini pada umum supaya potensi kawasan pelancongan ini dapat dicetus dan secara tidak lansung boleh menjadi kawasan tumpuan di Perak dan di Malaysia.

    Namun, satu kajian, undang-undang dan perbincangan perlu dijalankan terhadap ekosistem di situ bagi memastikan kehadiran para-pelancong yang bakal datang nanti tidak mengancam dan menjejaskan habitat mamalia tersebut.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.