27 C
Ipoh
Monday, 29 April 2024

Tarian Poco-Poco Haram Hanya Di Perak Sejak 2011

- Advertisement -900 x 90
- Advertisement -728 x 90

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 24 hingga 26 Januari 2011 memperaku supaya diharamkan tarian atau senaman poco-poco atas asas ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ia sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian. Mesyuarat mengambil keputusan bahawa pengharaman ini akan diwartakan.

Itulah petikan yang ditulis dalam surat kepada Encik Azman Bin Sahlan dari Mufti Perak Tan Sri Dato’ Seri (DR.) Haji Harussani Bin Haji Zakaria. Keputusan sebulat suara itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke 186 yang bersidang dari 24 hingga 26 Januari 2011.

Tarian Poco-poco merupakan sejenis tarian beramai-ramai yang berbentuk aerobik dan popular sebagai aktiviti riadah di Malaysia. Bagaimanapun tarian ini menimbulkan pertikaian apabila ia telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak pada Januari 2011 kerana mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama, juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ia sering diamalkan di Jamaica dan bercirikan agama Kristian.

poco poco

Mufti Perak, Tan Sri Dato’ Seri (DR.) Haji Harussani Bin Haji Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh. Berita mengenai pengharaman tersebut turut mendapat litupan berita di Indonesia, Qatar dan beberapa negara lain. Terdapat dua teori berkenaan asal tarian tersebut iaitu sama ada dari Filipina atau Indonesia.

Berdasarkan perkataan “poco” dalam sesetengah kamus merujuk kepada sejenis tarian liar yang dilakukan ketika dirasuk oleh “semangat leluhur”. Ini termasuk istilah Gila Poco “Pocomania” menurut Encarta dan Britannica. Tarian Poco-poco mempunyai unsur salib ekoran, langkah pergerakan ke kanan-kiri-depan-belakang. Tarian Poco-poco juga merupakan turutan langkah pergerakan dari kanan ke kiri dan belakang ke hadapan, (menyerupai salib). Selain itu terdapat juga percampuran jantina dalam amalan tarian tersebut.

poco poco

Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa masyarakat Islam di Malaysia boleh terus mengamalkan tarian poco-poco selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam dan garis panduan Amalan Kebatinan Dalam Persembahan Kesenian Tradisional Masyarakat Melayu 2007. Ini berdasarkan bahawa mana-mana amalan boleh dilakukan umat Islam asalkan tidak bertentangan agama Islam dan menyerupai agama lain.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, berkata umat Islam boleh mengamalkan tarian atau senaman itu selagi mematuhi panduan termasuk etika berpakaian, tiada pergaulan bebas, mistik, ritual, kebatinan, tahyul dan khurafat yang boleh jejaskan akidah. Bagaimanapun, jawatankuasa itu menghormati keputusan Perak mengharamkan poco-poco di negeri itu Januari 2011 yang lalu, yang berdasarkan pembabitan seseorang dalam apa juga dan menyerupai agama lain dan bertentangan dengan ajaran Islam, adalah haram.

- Advertisement -728 x 90
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -300 x 250

Moh baca!

Related news
- Advertisement -900 x 90

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here