32 C
Ipoh
Friday, 13 September 2024

Cerita Rakyat Asal Usul Nama Batu Gajah

- Advertisement -
- Advertisement -

Satu ketika zaman dahulu, Sang Kelembai adalah amat popular dalam masyarakat kita terutamanya di negeri Perak. Buat pengetahuan mereka yang tidak tahu apakah itu Sang Kelembai, secara ringkasnya Sang Kelembai ialah makhluk luar biasa yang berhubungan dengan watak kayangan dengan mempunyai tubuh yang besar dan tinggi, mempunyai kuasa menyumpah dan menukarkan benda atau manusia kepada batu.

Ini adalah sebahagian daripada cerita rakyat dan mitos yang berhubungan dengan makhluk ajaib yang sudah sinonim masyarakat kita. Kisah sebegini sudah menjadi lumrah dan menjadi kepercayaan dalam masyarakat Melayu dan di seluruh daerah Nusantara.

Sang Kelembai memperlihatkan negeri atau daerah berkenaan masih belum dipengaruhi agama Islam dengan maksud lain, agama Islam masih belum tiba ke daerah Nusantara ketika mitos ini dikisahkan.

peta batu gajah

Berbalik kepada pencerita tentang asal usul bagaimana Batu Gajah mendapat namanya. Dikatakan ia berkait rapat dengan kisah Sang Kelembai sepenuhnya.

Pada zaman dahulu, terdapat seekor Sang Kelembai yang sedang bersedih kerana anaknya yang baru meninggal dunia akibat ditimpa pokok yang tumbang. Dikatakan bahawa Sang Kelembai tidak dapat menerima hakikat bahawa anaknya itu sudah tiada dan sentiasa menangis setiap saat.

Untuk mengubati hatinya yang berduka lara itu, Sang Kelembai pun keluarlah bersiar-siar di sepanjang sungai. Hendak dijadikan cerita, Sang Kelembai terserempak dengan tiga ekor gajah yang sedang mandi di dalam sungai berkenaan.

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, dikatakan bahawa Sang Kelembai juga mempunyai kebolehan dalam berbicara dan faham percakapan dengan semua jenis binatang.

Sang Kelembai

Gambaran Sang Kelembai

Berbalik kepada tiga ekor gajah yang sedang mandi tadi, seekor daripadanya adalah gajah yang berbadan gemuk dan besar. Seekor gajah lagi mempunyai badan yang kurus dan kecil manakala gajah yang terakhir mempunyai saiz badan yang sederhana tetapi bergading pendik.

Mandilah ketiga-tiga ekor gajah tersebut di sungai itu dengan gembiranya menghembus air melalui belalai ke arah masing-masing seperti kebudak-budakan dan dalam masa yang sama bersembang sesama sendiri. Sang Kelembai yang lalu dikawasan itu terdengar gajah-gajah tersebut berbicara nakal mengata binatang lain di kawasan tersebut.

Gajah Kurus : Monyet di sini tak pandai bergayutlah, banyak kali aku ternampak ramai yang jatuh ke tanah..
Gajah Gemuk : Bodohnya monyet tu..
Gajah Sederhana : Jalan kaki ditanah sahaja lah macam tu, ada hati nak melompat sana sini..

Sang Kelembai tidak mengedahkan akan dialog gajah-gajah tersebut dan dia meneruskan perjalanan untuk memintas mereka secepat mungkin. Sedang Sang Kelembai dalam memintas, gajah-gajah tersebut menyapa dan menegur Sang Kelembai yang lalu di situ.

Gajah Sederhana : Hodoh sungguh muka mu wahai Sang Kelembai. Buat apa di sungai ini?
Gajah Kurus : Muka kamu monyok macam ditinggalkan suami sahaja.
Gajah Gemuk : Kalau tak pandai jaga suami, tentulah suami lari.

Gajah-gajah tersebut ketawa besar dalam usikan mereka sendiri terhadap Sang Kelembai. Sang Kelembai hanya diam dan menitiskan air mata kerana sedih akan usikan gajah-gajah tersebut yang tidak hormati tentang apa yang telah berlaku. Lantas, selang beberapa minit selepas gajah mula habis ketawa, Sang Kelembai pun memberitahu kenapa dia sedih dengan suara dan nada yang amat sayu kepada gajah-gajah tersebut.

Sang Kelembai : Anak aku baru meninggal dunia wahai gajah semua..
Sang Kelembai : Aku masih ingatkan anak aku dan aku amat sedih..
Gajah Gemuk : Kalau tak pandai jaga anak, tentulah anak mati.
Gajah Kurus : Lain kali jangan biarkan anak merayau, takut dipatuk ular!

Ketiga-tiga gajah itu terus menerus mencaci, mengusik, menyindir dan menghina Sang Kelembai. Selang beberapa ketika, Sang Kelembai yang menahan amarahnya akhirnya hilang sabar dan Sang Kelembai naik angin dengan sikap gajah-gajah tersebut yang kurang ajar. Lantas, Sang Kelembai terus menjerit pada gajah-gajah tersebut.

Sang Kelembai : Nasib baiklah aku sudah bejanji dengan diriku untuk tidak lagi menyumpah sesiapa!
Gajah Kurus : Kalau tidak, kau nak sumpah kami jadi apa?
Sang Kelembai : Aku sumpah kamu bertiga bertukar menjadi batu!

Dengan tidak semena-menanya, ketiga-tiga ekor gajah tersebut terus terkena sumpahan Sang Kelembai lalu bertukar menjadi batu walaupun Sang Kelembai tidak mempunyai niat tetapi cuma menjawab soalan si Gajah Kurus itu. Pada masa sama, peristiwa sumpahan itu dikatakan telah disaksikan seorang lelaki yang suka memencilkan diri di dalam kawasan hutan di tepi sungai. Memandangkan pada waktu itu kawasan tersebut masih tidak mempunyai nama dan baru diterokai, lelaki tersebut mengambil iktibar daripada peristiwa berkenaan untuk menamakan tempat itu sebagai nama Batu Gajah.

batu gajah

Gambar hiasan sahaja sebagai gambaran

Dikatakan bahawa batu sumpahan berupa tiga ekor gajah itu kini telah berkecai gara-gara pembangunan pesat bermula era perlombongan bijih timah pada tahun 1870 menjurus kepada kerja-kerja meluruskan Sungai Kinta dan telah menyebabkan lokasi ketiga-tiga batu berbentuk gajah yang terletak berhampiran dengan Kampung Pisang tertimbus pada sekitar tahun 1950. Perihal batu berbentuk gajah tersebut ada dicatatkan di dalam diari Residen British pertama di Perak iaitu JWW Birch.

jww birch

JWW Birch yang ada di Batu Gajah pada 30 April 1875 dan menyifatkan kawasan ini sebagai kampung besar di tepi Sungai Kinta dan ada sebuah relau besar untuk melebur bijih timah. JWW Birch juga ada menyebut tentang kewujudan batu berbentuk gajah dalam diarinya itu. Batu berbentuk gajah itu dipanggil “Toh Gaja” (Tok Gajah) dan sesiapa yang lalu berhampirannya perlu mengambil segenggam rumput atau daun dan menepuknya di bahagian dada Tok Gajah sebanyak tujuh kali sebagai adat bagi melancarkan perjalanan mereka tanpa gangguan.

- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here