29.7 C
Ipoh
Saturday, 7 December 2024

Moh Bercuti Santai Di Sahom Valley, Kampar

- Advertisement -
- Advertisement -

Sahom Valley adalah satu lokasi pilihan yang tepat untuk percutian buat seisi keluarga. Ia terletak di dalam kampung Sahom yang ada di Kampar, Perak. Mereka yang inginkan ketenangan dan keluar dari kesibukan kawasan bandar, lokasi percutian ini mungkin boleh menjadi salah satu destinasi percutian anda!

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Sahom Valley ada menawarkan pelbagai cabaran eco dan memberi peluang kepada pengunjung dalam mendapatkan pengalaman kehidupan di ladang. Pengalaman-pengalaman inilah yang akan menjanjikan satu kenangan berterusan kepada para pengunjung yang datang.

Moh Bercuti Santai Di Sahom Valley, Kampar Moh Bercuti Santai Di Sahom Valley, Kampar

Terdapat banyak aktiviti cabaran eco yang ditawarkan di Sahom Valley yang mana semua aktiviti yang ditawarkan semua untuk semua peringkat umur. Antara ciri-ciri cabaran eco yang ada termasuk dari aktiviti jenis pasif hingga permainan aktif, individu mahupun acara berkumpulan yang akan dijalankan dan dipantau oleh seorang professional.

Moh Bercuti Santai Di Sahom Valley, Kampar

Tak cukup dengan itu, rasai sendiri pengalaman kehidupan sebagai seorang petani. Sahom Valley juga terdapat pakej agro yang mana mereka menawarkan aktiviti dalam pertanian dengan memetik buah, menuai sayuran, memberi haiwan makan dan memasak makanan cara kampung.

Moh Bercuti Santai Di Sahom Valley, Kampar Moh Bercuti Santai Di Sahom Valley, Kampar

Lokasi ini amat sesuai untuk dijadikan lokasi sambutan majlis perkahwinan, sambutan hari keluarga, aqiqah dan korban, lokasi seminar santai dan banyak lagi. Hal ini adalah kerana disana terdapat kemudahan asas seperti dewan seminar, bengkel, restoran, surau terapung, kolam memancing dan banyak lagi yang disediakan.

Moh Bercuti Santai Di Sahom Valley, Kampar Moh Bercuti Santai Di Sahom Valley, Kampar

Apa yang menjadi perhatian orang ramai dan anak kecil adalah mini sunway lagoon yang ada di sana. Cukup seronok untuk melihat anak-anak bermain dan mandi manda serta main gelongsor terus ke kolam mandi yang ada di sana.

Jika anda tercari-cari lokasi percutian baru untuk musim cuti persekolan tahun ini, moh ke Sahoom Valley yang terletak di Kampar!

- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here