25 C
Ipoh
Saturday, 5 October 2024

Masjid Terapung Pulau Pangkor, Masjid Seribu Selawat

- Advertisement -
- Advertisement -

Jika di Terengganu cukup terkenal dengan Masjid Kristal, negeri Perak pun tidak kurang dengan adanya Masjid Seribu Selawat yang ada di Pulau Pangkor dan juga dikenali sebagai masjid terapung Pulau Pangkor.

Pembinaan Masjid Al-Badr Seribu Selawat di Pulau Pangkor bukan sahaja sebagai tempat ibadat tetapi ia adalah satu monumen baru yang ditekankan dalam seni bina pembinaan masjid dan secara tidak langsung menyumbang kepada produk pelancongan di Pulau Pangkor.

Pembinaan Masjid Terapung Pulau Pangkor

Untuk makluman anda, Masjid Seribu Selawat atau masjid terapung Pulau Pangkor ini sebenarnya mula dibina pada 7 Mac 2014 dengan kos bernilai RM11.7 juta dan siap sepenuhnya dalam bulan Oktober 2016. Pembinaan masjid unik ini diilhamkan oleh menteri besar negeri Perak yang ke 11 iaitu Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang merupakan anak jati kelahiran pulau Pangkor.

Jika anda sampai ke Pulau Pangkor, singgahlah ke lokasi Masjid Seribu Selawat ini yang terletak di Kampung Teluk Gedong untuk melihat sendiri keunikan seni binanya yang mempunyai identiti tersendiri berkaitan unsur seni negeri Perak.

Masjid Terapung Pulau Pangkor, Masjid Seribu Selawat

Kenapa dinamakan Masjid Al-Badr Seribu Selawat

Mesti anda semua tertanya-tanya tentang kenapa nama masjid ini diberi sebagai nama Masjid Al-Badr Seribu Selawat? Dari mana datangnya nama Seribu Selawat tersebut? Khas untuk makluman anda, hal ini adalah kerana dinding-dinding masjid ini dipenuhi dengan ukiran 1,000 selawat.

Masjid Terapung Pulau Pangkor, Masjid Seribu Selawat

Apa yang uniknya berkenaan dengan masjid ini lagi adalah kedudukannya dibina di atas air laut dan sebab itu ia digelar sebagai masjid terapung Pulau Pangkor. Selain itu, ia turut mengetengahkan identiti negeri Perak yang tercinta pada setiap geometri hiasan dalaman pada dindingnya. Satu lagi fakta penting dan penting untuk tahu bahawa inilah masjid terapung pertama yang dibina di Perak.

Masjid Terapung Pulau Pangkor, Masjid Seribu Selawat

Identiti Masjid Terapung Pulau Pangkor

Apakah identiti negeri Perak yang diketengahkan pada hiasan dalaman masjid ini? Harus anda tahu bahawa ukiran bunga yang menyerikan setiap ruang di masjid ini diilhamkan daripada bunga tekat atau lebih dikenali sebagai bunga Perak yang juga bunga warisan dan simbol bagi negeri ini.

Masjid Terapung Pulau Pangkor, Masjid Seribu Selawat

Masjid yang mampu memuatkan seramai 1,500 orang dalam satu masa ini dirasmikan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (Sultan Perak ke 35) pada 8 Jun 2017 yang lalu. Jadi, jika anda sampai ke Pulau Pangkor, carilah peluang untuk menunaikan solat di Masjid Al-Badr Seribu Selawat ini dan nikmatilah keindahan dan keunikan seni bina masjid tersebut!

- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here