29.7 C
Ipoh
Saturday, 18 January 2025

Pulau Pangkor Jadi Zon Bebas Cukai Budget 2018

- Advertisement -
- Advertisement -

Dalam siaran langsung pembentangan Bajet 2018 yang diumumkan Perdana Menteri kita iaitu Datuk Seri Najib Razak di Parlimen pada 27 Oktober 2017, beliau ada menyuarakan satu pengumuman yang menarik untuk dikongsikan bersama-sama dengan seluruh anak Perak berkenaan dengan Pulau Pangkor.

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, rancangan untuk menjadikan Pulau Pangkor sebagai sebuah pulau bebas cukai (Zon Bebas Cukai) adalah bertujuan untuk membantu dalam merangsang kegiatan ekonomi yang lebih rancak di Perak.

najib razak

Cadangan untuk menjadikan Pulau Pangkor sebagai kawasan zon bebas cukai sebenarnya sudah termaktub dalam manifesto pilihan raya kerajaan negeri Perak sejak 2011 lagi. Sekarang, perkara ini wajar untuk direalisasikan kerana ia dilihat dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat dan kawasan sekitarnya.

jeti pangkor

Sepertimana kita sudah sedia maklum dalam pembentangan Bajet 2018 yang diumumkan Perdana Menteri kita iaitu Datuk Seri Najib Razak berkenaan Pulau Pangkor telah mengiktirafkan Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai namun ia tidak termasuk minuman beralkohol, rokok dan kenderaan.

Konsep yang dibawa oleh kerajaan negeri Perak untuk menjadikan Pulau Pangkor sebagai Pulau Bebas Cukai berbeza daripada Pulau Langkawi yang mana apabila sebut sahaja Pulau Langkawi, semua orang tahu harga rokok murah dan Pulau Pangkor tidak sepertinya.

rokok langkawi

Dengan status Pulau Pangkor sebagai sebuah pulau bebas cukai dapat meningkatkan aktiviti ekonomi sedia ada terutamanya perniagaan peruncitan dalam hasil laut dan pelancongan. Berkemungkinan, hal ini juga akan melahirkan usahawan baharu dalam sektor makanan dan penginapan (inap desa).

- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here