Sultan Tajul Ariffin (Sultan Perak ke 4)

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Sultan Tajul Ariffin (Sultan Perak ke 4) adalah merupakan adinda kepada baginda Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Shah (Sultan Perak ke 3) yang mana baginda telah diangkat menjadi Sultan Perak selepas kemangkatan Sultan Ahmad Tajuddin Shah.

    Ayahanda baginda Sultan Tajul Ariffin (Sultan Perak ke 4) pula adalah merupakan Almarhum Sultan Mansur Shah I yang merupakan sultan negeri Perak ke 2.

    Baginda sultan Perak ke 4 ini bersemayam di satu kawasan bernama Semat yang terletak diantara Manong dengan Kuala Kangsar. Sultan Tajul Ariffin (Sultan Perak ke 4) telah memerintah negeri Perak selama 10 tahun.

    Sultan Tajul Ariffin (Sultan Perak ke 4)

    Mula menaiki takhta kerajaan negeri Perak sejak tahun 1584 sehingga tahun 1594. Apabila Almarhum Sultan Tajul Ariffin (Sultan Perak ke 4) mangkat, jenazah baginda telah dimakamkan di Pulau Semat dan digelar sebagai Marhum Mangkat di Tebing.

    Sultan Tajul Ariffin (Sultan Perak ke 4) Sultan Tajul Ariffin (Sultan Perak ke 4)

    Untuk ke lokasi makam Almarhum Sultan Tajul Ariffin (Sultan Perak ke 4) cukup sukar dan mencabar kerana perlu merentasi sungai Perak untuk ke sebuah pulau yang bernama Pulau Semat. Di sebelah makam baginda, terdapat makam isteri baginda yang bernama Puteri Ajaib.

    Jika anda berminat untuk melawati kawasan makam ini, anda perlu menaiki bot dengan bantuan penduduk kampung disekitar kawasan sana dan anda perlu berhati-hati dengan haiwan berbisa seperti ular apabila sampai di Pulau Semat.

    Sultan Tajul Ariffin (Sultan Perak ke 4)

    Tidak banyak maklumat yang ada untuk menceritakan dengan lebih mendalam tentang kisah sewaktu zaman pemerintahan Sultan Tajul Ariffin (Sultan Perak ke 4).

    Rujukan

    • Sejarah Perak, Buyung Adil, m/s 12
    • Kredit gambar kepada artmelayu.blogspot.com
    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.