● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:52
Syuruk
06:59
Zohor
13:03
Asar
16:22
Maghrib
19:01
Isyak
20:11
Berita

Durian Dijual Secara Timbang, Kali Pertama Dalam Sejarah Kampung Gajah

16 Nov 2017 · 1 min baca · 298 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Musim durian kembali lagi ke kawasan Perak Tengah setelah sekian lama "merajuk" beberapa tahun sejak banjir besar yang melanda pada tahun 2014 dahulu. Cuaca yang tidak menentu juga mungkin memainkan peranan kenapa durian tidak begitu menjadi 3 tahun kebelakangan ini dan tahun 2017 ini nyata berbeza dari sebelumnya!

Durian Dijual Secara Timbang, Kali Pertama Dalam Sejarah Kampung Gajah

Sudah lama ramai yang mengidam durian kampung asli negeri Perak tambahan pula sekarang ini ramai pemilik dusun durian menjual durian secara timbangan dan bukannya secara longgok ataupun kiraan biji tidak sama seperti sebelumnya. Hal ini adalah kali pertama yang berlaku dalam sejarah durian kampung di Kampung Gajah.

Durian Dijual Secara Timbang, Kali Pertama Dalam Sejarah Kampung Gajah

Pembeli dan penggemar durian ramai yang mengecam kaedah jualan durian kampung tersebut kerana harganya dalam lingkungan RM7 hingga RM14 untuk sekilogram adalah agak mahal. Hal ini adalah kerana keadaan isi buah durian kampung sukar untuk dijangka dan tidak tahu sama ada elok atau pun tidak.

Durian Dijual Secara Timbang, Kali Pertama Dalam Sejarah Kampung Gajah

Ramai pembeli merangkap peminat tegar raja buah iaitu durian kampung mencadangkan agar untuk terus makan di gerai jualan durian jika membeli secara timbang memandangkan mungkin kita boleh tukar buah durian sekiranya isi yang ada tidak elok. Jika tidak, redalah bawa pulang ke rumah.

Durian Dijual Secara Timbang, Kali Pertama Dalam Sejarah Kampung Gajah

Pemilik dusun durian kampung juga harus diberi ruang untuk merasa kembali nikmat rezeki dari dusun durian mereka yang telah lama merajuk. Namun ramai peminat durian berharap agar harganya tidak terlalu tinggi dan mungkin boleh dikurangkan sedikit harganya kerana ramai yang mengidam dan tidak mampu untuk membelinya.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.