Kebangkitan Pasukan Ragbi Perak

Setelah penantian yang sekian lama oleh skuad rugbi negeri Perak ataupun lebih dikenali dengan nama The Silver Gaurus untuk bergelar juara Ragbi Piala Agong akhirnya diakhiri dengan kemenangan menentang negeri Johor dalam Kejohanan Ragbi Piala Agong kali ke 34 yang telah pun berlalu pada tahun 2016. Kejohanan ini diadakan setiap tahun oleh kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) yang melibatkan persatuan-persatuan ragbi di setiap negeri.

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, dalam Kejohanan Ragbi Piala Agong kali ke 34 ini adalah merupakan kali pertama negeri Perak memenangi Piala Agong sejak mula menyertai kejohanan ini. Secara umumnya, ramai yang lebih gemarkan sukan bola sepak namun, kemenangan skuad ragbi Perak dalam Piala Agong yang ke 34 itu sedikit sebanyak boleh menjejaskan populariti sukan bola sepak. Kemenangan yang lalu telah menyebabkan lebih ramai warga Perak cuba sendiri bermain sukan ragbi setelah mendapat suntikan semangat daripada kemenangan skuad The Silver Gaurus.

pasukan ragbi perak

Pasukan ragbi Perak dibimbing oleh Tuan Nazeer Nesharah. Beliau telah diberi amanah untuk memimpin dan sebagai jurulatih pasukan negeri Perak. Beliau juga telah merangka pelbagai racangan yang bijak dalam pelbagai aspek kecergasan dan juga untuk strategi permainan. Dalam sukan ragbi, kedua-dua aspek ini penting buat sesebuah pasukan. Stamina atau kecergasan pemain akan menyokong strategi permainan yang baik untuk mendapatkan gelaran juara.

Untuk pengetahuan anda pembaca setia orangperak.com, dalam Kejohanan Ragbi Piala Agong kali ke 33 yang diadakan pada dua tahun yang lalu iaitu pada tahun 2015, pasukan Perak turut berjaya ke pusingan akhir tetapi harapan untuk menjulang Piala Agong tidak kesampaian apabila pasukan Perak tewas kepada pasukan Sabah dengan keputusan 28 berbalas 16.

Sejak itu, skuad The Silver Gaurus bertekad untuk menambah usaha untuk membawa pulang Piala Agong ke bumi Perak. Berkat usaha dan kegigihan jurulatih serta pemain-pemain negeri Perak, akhirnya mereka telah berjaya menebus kekecewaan pada Piala Agong musim lalu setelah menempuh jalan berliku untuk sampai ke pusingan akhir dan seterusnya menjuarai Kejohanan Ragbi Piala Agong kali ke 34.

Perak telah diundi dalam Kumpulan A yang terdiri daripada pasukan Negeri Sembilan, Putrajaya dan Perlis. Skuad Perak bermula dengan langkah kanan apabila berjaya memenangi perlawanan-perlawanan dalam peringkat kumpulan. Oleh kerana itu, skuad The Silver Gaurus berjaya melangkah ke peringkat kalah mati.

pasukan ragbi perak

Walaupun mengalami kesukaran di peringkat kalah mati apabila bertemu dengan pasukan-pasukan yang lebih hebat, namun segala berkat usaha gigih dan kuat skuad negeri Perak telah berjaya memenangi semua perlawan di peringkat kalah mati. Hal ini telah melayakkan negeri Perak untuk bertanding di pentas pusingan akhir untuk bertemu dengan pasukan Johor yang merupakan sebuah pasukan yang bukan sahaja hebat tetapi juga sudah banyak pengalaman dalam sukan ragbi.

Pasukan Perak terpaksa berhempas pulas sebelum memenangi perlawanan akhir ini. Walaupun pada awalnya pasukan Johor dilihat lebih konsisten dan ramai yang meramalkan pasukan Johor bakal memenangi perlawanan tersebut, namun pada saat-saat akhir perlawanan, pemain posisi fullback skuad negeri Perak yang bernama Amir Aswad telah berjaya melakukan percubaan yang membuatkan pasukan Perak mendapat keputusan seri.

Perlawanan terus diheret ke peringkat “sudden death“. Muhammad Faizal yang merupakan pemain posisi winger muncul menjadi seorang wira setelah berjaya menyempurnakan tendangan masuk gol penalti sekaligus menyumbangkan 3 mata buat pasukan Perak untuk berada di hadapan Johor dan terus menobatkan pasukan Perak sebagai juara Piala Agong edisi yang ke 34.

Kejayaan Perak meraih Piala Agong sememangnya memberi suntikan semangat buat semua individu dalam Kesatuan Ragbi Perak untuk mempromosikan permainan ragbi yang kini menjadi semakin terkenal di Malaysia. Pada tahun 2017 ini, Piala Agong akan dijalankan pada bulan Julai 2017 sehingga Ogos 2017. Misi pasukan Perak tetap sama iaitu menjulang Piala Agong sekali lagi tetapi kali ini dalam konteks mempertahankannya.

pasukan ragbi perak

Pasukan ragbi Perak juga dilihat mampu untuk menempa lebih banyak kejayaan kerana mempunyai pemain-pemain yang berkualiti dan hebat di samping mempunyai didikan jurulatih yang hebat dalam merancang strategi. Diharapkan pasukan ragbi Perak terus maju dan memperoleh lebih banyak kemenangan. Demi lencana di dada! Moh menang yoep!!

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here