Almarhum Sultan Muzaffar Shah III (Sultan Perak ke 13) yang makamnya terletak di Bota Kanan (Jalan Ipoh – Lumut) telah memerintah negeri Perak Darul Ridzuan sejak pada tahun 1728 sehingga tahun 1754 selepas kemangkatan kandanya Almarhum Sultan Alauddin Mughayat Shah (Sultan Perak ke 12).
Mengikut Hikayat Misa Melayu cacatan Raja Chulan, Almarhum Sultan Alauddin Mughayat Shah (Sultan Perak ke 12) mangkat pada ketika usia 125 tahun dan baginda tidak punyai sebarang putera untuk diwariskan sempena Raja Bergelar untuk menaiki takhta sebagai Sultan Perak.
Oleh yang demikian, adinda kepada Almarhum Sultan Alauddin Mughayat Shah (Sultan Perak ke 12) iaitu Almarhum Sultan Muzaffar Shah III (Sultan Perak ke 13) telah diangkat sebagai Sultan Perak yang ke 13 selepas memegang gelaran Raja Muda sewaktu pemerintahan baginda.
Sewaktu Almarhum Sultan Muzaffar Shah III (Sultan Perak ke 13) memegang takhta menjadi sultan Perak, Almarhum Sultan Muhamad Shah (Sultan Perak ke 14) pada asalnya memegang gelaran Raja Muda dan baginda Almarhum Sultan Muhamad Shah (Sultan Perak ke 14) bersemayam di Pulau Tiga.
Semasa pemerintahan baginda Almarhum Sultan Muzaffar Shah III (Sultan Perak ke 13), keadaan di negeri Perak digambarkan kucar-kacir kerana orang-orang Bugis yang diketuai oleh Yam Tuan Riau ke 2 iaitu Daeng Chelak telah datang menyerang negeri Perak sehinggakan negeri Perak berpecah dua pemerintahannya.
Dalam pada masa yang sama, turut berlaku perselisihan faham antara Almarhum Sultan Muzaffar Shah III (Sultan Perak ke 13) dengan Almarhum Sultan Muhamad Shah (Sultan Perak ke 14) yang menyebabkan keadaan semakin tegang sehingga negeri Perak berpecah dua.
Peristiwa ini telah berlaku dalam sekitar tahun 1742 sewaktu Daeng Chelak iaitu Yamtuan Muda Riau dikatakan telah mencampuri hal pemerintahan di negeri Perak.
Mereka juga dikatakan telah mengangkat adinda kepada baginda Almarhum Sultan Muzaffar Shah III (Sultan Perak ke 13) iaitu Almarhum Sultan Muhamad Shah (Sultan Perak ke 14) sebagai sultan di negeri Perak. Seperti kita semua sedia maklum, pemerintahan Almarhum Sultan Muhamad Shah (Sultan Perak ke 14) berjalan dalam tahun 1744 sehingga tahun 1750.
- Sultan Muzaffar Shah III (Sultan Perak ke 13) : tahun 1728 sehingga tahun 1752
- Sultan Muhamad Shah (Sultan Perak ke 14) : tahun 1744 sehingga tahun 1750
Jika dilihat dari tahun pemerintahan kedua-dua Almarhum Sultan Perak yang diceritakan ini, ternyata telah berlaku tindihan pemerintahan antara dua orang sultan dalam zaman pemerintahan mereka iaitu berlaku diantara tahun 1744 hingga tahun 1750 sepanjang pemerintahan Almarhum Sultan Muhamad Shah (Sultan Perak ke 14).
Untuk makluman anda, Almarhum Sultan Muzaffar Shah III (Sultan Perak ke 13) memerintah bahagian utara Perak manakala Almarhum Sultan Muhamad Shah (Sultan Perak ke 14) pula memerintah bahagian selatan Perak yang mana kawasan Pachat (lokasi diantara Bota dengan Kuala Kangsar) menjadi pemisah buat pentadbiran dua sultan ini untuk negeri Perak.
Peta lama menunjukkan kawasan Pachat
Setelah Daing Chelak berangkat pulang ke Riau dalam tahun 1745, kedua-dua sultan Perak ini pun berdamai dan berbaik semula. Kisah pendamaian ini turut diceritakan dalam Hikayat Misa Melayu yang mana baginda Almarhum Sultan Muhamad Shah (Sultan Perak ke 14) pernah bertitah kepada pengikutnya:
“Maka adapun sekarang ini apalah sudahnya negeri sebuah maka rajanya dua? Kepada hati beta melainkan sebaik-baiknya maka hendaklah kita persilakan akan Baginda Yang Maha Mulia Sultan Muzafar Shah itu kembali ke istananya di Barhaman Indera supaya tetaplah kerajaan kepada baginda itu, biarlah beta berhenti, kerana baginda itu pun saudara tuha kepada beta, kepada ijtihat beta, tiadalah datang hati beta hendak melebihi daripada baginda itu.”
Titah baginda Almarhum Sultan Muhamad Shah (Sultan Perak ke 14) jelas menunjukkan bahawa baginda punyai keperibadian yang amat mulia dan walaupun berselisih faham dengan kandanya iaitu Almarhum Sultan Muzaffar Shah III (Sultan Perak ke 13), namun masih ada hati ingin berdamai dan berbaik seperti sedia kala.
Pada waktu itu, Almarhum Sultan Muzaffar Shah III (Sultan Perak ke 13) bersemayam di Kuala Kangsar buat sementara waktu kerana istana baginda di Barhaman Indera (kini Bota) rosak teruk akibat peperangan yang pernah berlaku.
Untuk mengambil hati Almarhum Sultan Muzaffar Shah III (Sultan Perak ke 13), anakanda kepada Almarhum Sultan Muhamad Shah (Sultan Perak ke 14) iaitu Almarhum Sultan Iskandar Zulkarnain (Sultan Perak ke 15) mencadangkan agar istana Almarhum Sultan Muzaffar Shah III (Sultan Perak ke 13) di Barhaman Indera (kini Bota) dibaiki dahulu sebelum pergi memujuk Almarhum Sultan Muzaffar Shah III (Sultan Perak ke 13).
Setelah istana Almarhum Sultan Muzaffar Shah III (Sultan Perak ke 13) di Barhaman Indera (kini Bota) siap dibaiki dari kerosakan yang teruk, maka pergilah satu rombongan Almarhum Sultan Muhamad Shah (Sultan Perak ke 14) dari Pulau Tiga ke tempat bersemayam Almarhum Sultan Muzaffar Shah III (Sultan Perak ke 13) di Kuala Kangsar.
Air yang dicincang, tidak akan putus. Itulah peribahasa yang tepat dan sesuai untuk penceritaan ini yang mana ia amat baik untuk dijadikan sebagai pengajaran untuk semua. Apabila sampainya rombongan Almarhum Sultan Muhamad Shah (Sultan Perak ke 14) ke tempat bersemayam Almarhum Sultan Muzaffar Shah III (Sultan Perak ke 13), Almarhum Sultan Muhamad Shah (Sultan Perak ke 14) pun pergi masuk menghadap dan memohon maaf dan nyatakan keinginannya untuk berbaik semula dengan kandanya itu.
Syukur atas reaksi Almarhum Sultan Muzaffar Shah III (Sultan Perak ke 13) akhirnya baginda berbaik-baik semula dengan adindanya. Kemudian, baginda berpindah semula ke istana baginda di Barhaman Indera (kini Bota) yang telah siap dibaiki oleh anakanda kepada Almarhum Sultan Muhamad Shah (Sultan Perak ke 14).
Sejak itu, mereka bersama-sama memerintah negeri Perak sehinggalah Almarhum Sultan Muhamad Shah meningal dunia dalam tahun 1750. Almarhum Sultan Muzaffar Shah III (Sultan Perak ke 13) teruskan tugas baginda sebagai seorang sultan untuk negeri Perak sehingga baginda mangkat dalam tahun 1752.
Makam Almarhum Sultan Muzaffar Shah III (Sultan Perak ke 13) di Bota Kanan
Setelah Almarhum Sultan Muzaffar Shah III (Sultan Perak ke 13) meninggal dunia, anakanda saudara kepada Almarhum Sultan Muzaffar Shah III (Sultan Perak ke 13) iaitu Almarhum Sultan Iskandar Zulkarnain (Sultan Perak ke 15) telah diangkat menjadi sultan di negeri Perak.
Sumber dan rujukan:
- Hikayat Misa Melayu – Raja Chulan