Orang Cina Pertama Dapat Gelaran Dato Seri Di Perak

Lau Pak Kuan datang ke Tanah Melayu pada tahun 1912 pada ketika usia 18 tahun bersama isterinya yang bernama Kok. Pada asalnya, beliau mula bekerja sebagai menyorong bijih timah dengan kereta sorong. Kemudian selepas beberapa tahun, Lau Pak Kuan telah dinaikkan pangkat menjadi penyelia di tempat kerjanya.

Beliau memulakan perniagaan lombong pertamanya sebagai pengendali lombong untuk Toong Foh Loong Kongsi yang terletak di di Menglembu. Kemudian diikuti dengan sebuah lagi syarikat di Jelapang yang terletak di luar bandar Ipoh dengan menubuhkan Syarikat Xi Men Mining.

Tak sampai masa 1 dekad, beliau berjaya membuka tidak kurang daripada 10 lagi syarikat perlombongan yang mana ianya termasuk Tong Yat Mine di Papan, Tong Heng Loong Mines di Chemor, Tong Ho Loong Mines di Malim Nawar.

Kesemua aset-aset perniagaan berkaitan perlombongan yang dimiliki akhirnya memberi Lau Pak Kuan kekayaan yang besar dengan empayar lombongnya yang semakin berkembang. Ketika usia 26 tahun, Lau Pak Kuan menyertai Dewan Perniagaan Cina Perak sebagai ahli biasa dan cukup aktif melibatkan diri dalam kerja amal dan sosial.

Orang Cina Pertama Dapat Gelaran Dato Seri Di Perak

Akhirnya, untuk menghargai perkhidmatan dan jasanya kepada masyarakat. Lau Pak Kuan telah dianugerahkan kedudukan JP oleh Sultan Iskandar Shah (Sultan Perak ke 30) pada tahun 1936. Lau Pak Kuan juga telah dipilih sebagai Naib Pengerusi “Nanyang Overseas Chinese, Save China Fund-Raising Committee” yang mana mereka perlu menghantar dana ke negara China untuk mempertahankan tanah air mereka daripada pencerobohan Jepun. Pada tahun 1940 beliau dilantik sebagai ahli Lembaga Penasihat Cina Perak.

Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Lau Pak Kuan telah lari ke Burma yang kini dikenali sebagai Myanmar dan kemudian ke India dan akhirnya ke Chungking, China. Hal ini adalah kerana selepas Lau Pak Kuan tahu yang dia dikehendaki oleh tentera Jepun atas kerja-kerja anti-Jepun di Tanah Melayu.

Sejurus selepas tiba di Chungking, beliau telah dilantik menjadi Jawatankuasa Pengawasan Pusat Cina yang bertanggungjawab menaikkan dana dan penubuhan Bank China Overseas United dengan cawangan di seluruh Asia Tenggara, India, Burma (Myanmar) dan Annam (Vietnam). Dalam pada masa itu juga beliau bertemu Chiang Kai Shek dan dilantik oleh Jeneral Lee Chun Ren dan Pak Chung He, sebagai penasihat kepada Rejimen ke-5.

Selepas Jepun menyerah kalah, Lau Pak Kuan akhirnya kembali ke Tanah Melayu dan dilantik oleh Pihak Berkuasa Ketenteraan British (BMA) untuk berkhidmat sebagai pegawai yang diberikan kuasa untuk memberikan permit kepada mereka yang pulang ke Tanah Melayu dari luar negara. Beliau juga menjadi Pengerusi Parti Kuomintang di Perak.

Lau Pak Kuan pernah memohon kepada Pesuruhjaya Tinggi British untuk menubuhkan pengawal halaman di kawasan Lembah Kinta. Hal ini adalah kerana pada waktu itu ramai orang melayu terutamanya tidak mempercayai orang cina dan melihat mereka sebagai penyokong tegar pengganas komunis.

Orang Cina Pertama Dapat Gelaran Dato Seri Di Perak

Pesuruhjaya Tinggi British bersetuju untuk melaksanakan cadangan yang dikemukakan oleh Lau Pak Kuan dan pada tahun 1952, kira-kira 4,000 ahli telah direkrut dan dilatih menggunakan senjata oleh kerajaan. Mereka adalah pasukan China yang hebat dengan beberapa pegawai Inggeris.

Sebahagiannya kos pengurusan dan gaji dibayar oleh syarikat perlombongan bijih timah. Tujuannya adalah untuk mendapatkan perlindungan dari pengganas Komunis dan mengelak dari kerugian jika diserang dan dirompak.

Jangan anda tidak tahu, Lau Pak Kuan adalah antara pengasas bersama dalam Malayan Chinese Association (MCA) yang ditubuhkan pada tahun 1949 bersama Tun Tan Cheng Lock, Tun Leong Yew Koh dan Tun Lee Hau Shik. Sebagai Pengerusi pertama MCA Perak dan pemegang amanah parti nasional, beliau membantu menubuhkan Social Welfare Lottery Board untuk membantu ahli persatuan yang lebih miskin.

Bagaimanapun, Lau Pak Kuan meninggalkan MCA berikutan delegasinya gagal ke London dalam cubaan untuk menyampaikan pandangan khusus untuk persatuan Cina di Tanah Melayu kepada Kerajaan British. Selepas perang berakhir di Tanah Melayu, Lau Pak Kuan menjadi Pengarah Kuil Lama Paloh dan beliau mendirikan Sekolah Paloh Temple yang mana ianya adalah sekolah percuma untuk golongan miskin dan pelajar tua.

Orang Cina Pertama Dapat Gelaran Dato Seri Di Perak

Beliau juga mengasas Persatuan Perak Zheng Loon dan hospital Tiong Hua untuk golongan miskin. Usahanya yang tidak ada kesudahan terhadap kebajikan masyarakat, akhirnya Lau Pak Kuan dilantik sebagai Hakim Keamanan oleh British dan kemudiannya dianugerahkan kehormatan Perintah Kerajaan British (OBE) oleh Ratu Elizabeth II pada tahun 1956.

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, beliau juga dapat gelaran Dato pada tahun 1963 dan Dato Seri pada tahun 1966 oleh Sultan Idris II (Sultan Perak ke 33). Hal ini telah menjadikan Lau Pak Kuan adalah orang cina pertama yang dapat gelaran Dato’ Seri oleh Sultan Perak.

Lau Pak Kuan meninggal dunia pada 16 April 1971 ketika usia 77 tahun. Sebagai pengiktirafan dan memperingati atas jasanya terhadao rakyat dan bandar Ipoh, Majlis Perbandaran Ipoh telah menamakan jalan sepanjang 1 km di Taman Ipoh dengan menggunakan namanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

9 + 1 =