Sejarah Dan Asal Usul Gelanggang Kasut Roda Di Taman Tasik Taiping

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Di tengah-tengah Taman Tasik Taiping terdapat sebuah gelanggang kasut roda yang telah dibina kira-kira 40 tahun yang lalu. Menariknya gelanggang ini, ia dibina dengan kutipan derma ikhlas daripada pelbagai lapisan masayarakat di Taiping dengan kerjasama pelbagai pihak.

    Gelanggang ini dibina untuk memperingati 100 tahun Bandar Taiping dan telah dirasmikan oleh Sultan Idris Shah, Sultan Perak yang ke-33 pada 25 Ogos 1975. Ia merupakan projek Kelab Rotary Taiping dengan usahasama Kelab Inner Wheel, Kelab Rotaract, dan Kelab Interact Sekolah St. Georges Taiping.

    Lokasi gelanggang ini terletak berhampiran dengan Jalan Kedamaian, iaitu laluan di tengah-tengah Taman Tasik Taiping yang kini dikhaskan untuk laluan pejalan kaki sahaja.

    lokasi gelanggang

    Di tepi gelanggang ini telah dibina satu tugu peringatan yang menempatkan papan tanda maklumat perasmian gelanggang ini. Pada tugu tersebut, dipaparkan seluruh senarai penderma yang telah menyumbang seikhlas hati bagi membina gelanggang ini.

    batu tanda

    Pada tugu tersebut, nama-nama penderma telah dipahat dengan jumlah derma yang diberikan. Penderma termasuklah Kerajaan Negeri Perak, penderma perseorangan daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta, syarikat dan ahli perniagaan. Selain itu, lebih daripada 17 buah sekolah sekitar Bandar Taiping turut sama membantu mengumpul dana bagi membina gelanggang ini.

    Senarai penderma

    Setelah siap dibina, gelanggang kasut roda ini menjadi tumpuan warga Taiping pada setiap petang dan pada hujung minggu.

    gelanggang gelanggang kasut roda

    Pada masa kini, selain digunakan untuk bermain kasut roda, gelanggang ini turut digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti senaman Tai Chi dan aktiviti kesihatan yang lain oleh warga Taiping.

    하늘
    하늘
    꿈을 꾸고 믿을 수 있다면 이룰 수도 있다. 세상에서 보고싶은 변화가 있다면 당신 스스로 그 변화가 되어라. 성공에 대한 의지를 품는 것은 무엇보다 중요하다.