Pengasas Askar Wataniah Berasal Dari Lambor Kiri

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Kolonel Dato’ Yeop Mahidin bin Mohamed Shariff telah dilahirkan pada 20 Febuari 1918 di Kampung Lambor Kiri, Bota, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Lambor Kiri dan seterusnya di Sekolah Anderson yang terletak di Ipoh dari tahun 1928 hingga 1937.

    Semasa bersekolah, beliau amat aktif di dalam sukan dan pernah menjadi johan di dalam acara Tinju Amatur Perak dalam kategori Bantam Weight. Beliau juga pernah mewakili Perak dalam sukan bolasepak, hoki dan kriket. Beliau adalah pemukul kriket terbaik dan pernah menerima gelaran Batsman of the year.

    Untuk pengetahuan anda, Kolonel Dato’ Yeop Mahidin bin Mohamed Shariff dari Kampung Lambor Kiri, Bota, Perak ini adalah merupakan pengasas Askar Wataniah dan juga secara tidak lansung memegang jawatan sebagai Pengarah Askar Wataniah yang pertama.

    pengasas wataniah Dato' Yeop Mahidin bin Mohamed Shariff

    Beliau mempunyai cita-cita untuk memasuki Rejimen Askar Melayu DiRaja tetapi telah dihalang oleh guru besarnya L.D Whitfield yang menasihati beliau memasuki perkhidmatan pegawai kanan kerajaan.

    pengasas wataniah Dato' Yeop Mahidin bin Mohamed Shariff

    Pada 7 Ogos 1937, beliau telah diterima masuk ke Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Semasa di MCKK, beliau telah diajar dan dilatih dalam tugas-tugas pegawai kanan kerajaan.

    pengasas wataniah Dato' Yeop Mahidin bin Mohamed Shariff

    Pada tahun 1938, beliau telah dilantik untuk menjadi majistret di Telok Anson yang sekarang dikenali sebagai Teluk Intan dan pada kemudian menjadi majistret di Kajang pada tahun 1939.

    Pada tahun 1940, beliau telah bertukar ke Kuala Lipis sebagai Penolong Pegawai Daerah. Semasa di Kuala Lipis, beliau telah menganggotai Pasukan Sukarela Tempatan dan seterusnya ditauliahkan sebagai Leftenan Muda.

    Pada tahun 1945, beliau telah dilantik sebagai pemerintah Pasukan Sukarela Tempatan, dengan menyandang pangkat Mejar. Beliau juga telah ditawarkan oleh Whitehall untuk mengikuti kursus ketenteraan di London, tetapi menolak tawaran tersebut, sebaliknya menghantar pegawai bawahannya iaitu Kapten Abdul Razak (Allahyarham Tun Abdul Razak) dan Leftenan Ghazali Shafie (kini Tan Sri).

    pengasas wataniah Dato' Yeop Mahidin bin Mohamed Shariff

    Apabila Perang Dunia Kedua bermula, beliau telah menubuhkan satu kumpulan anti Jepun yang dikenali sebagai pasukan Gerila Wataniah Pahang iaitu Force 136 di bawah pimpinan Mejar Richardson yang telah bersetuju untuk melatih pasukan tersebut.

    Kekuatan pasukan gerila itu ialah seramai 254 orang dan diketuai oleh Dato’ Yoep yang juga lebih dikenali sebagai Singa. Kejayaan utama pasukan itu yang masih dalam kenangan Dato’ Yoep ialah kejayaan mereka menyerang hendap Tentera Jepun, dimana sekumpulan 20 orang anak tempatan di bawah pimpinan Lt Yakin telah berjaya membunuh 30 hingga 40 orang tentera Jepun dan memusnahkan 41 buah kenderaan. Kejayaan ini adalah hasil perancangan dan pemilihan tempat serang hendap oleh Dato’ Yoep selaku ketua pasukan tersebut.

    pengasas wataniah Dato' Yeop Mahidin bin Mohamed Shariff

    Pada tahun 1950, pasukan Home Guard telah ditubuhkan dan Dato’ Yoep telah dilantik sebagai Timbalan Pengarah. Tujuan utama penubuhan Home Guard adalah untuk membantu pasukan keselamatan dalam menghadapi ancaman komunis.

    Pada tahun 1958, pasukan tersebut dibubarkan dan Dato’ Yoep telah dilantik sebagai Chief Food Denial Officer di Perak. Apabila Askar Wataniah ditubuhkan menggantikan Home Guard, Dato’ Yoep telah dilantik sebagai Pengarah Askar Wataniah yang pertama dengan pangkat Kolonel. Disamping itu, beliau juga adalah Pengerusi Tinju dan Bolasepak Angkatan Tentera semasa itu.

    pengasas wataniah Dato' Yeop Mahidin bin Mohamed Shariff

    Dalam bulan Nov 1963, Dato’ Yoep telah meninggalkan bidang ketenteraan dan menjadi Pegawai Daerah Kuala Lipis. Pada tahun 1965, beliau dilantik sebagai Setiausaha Kanan Kementerian Kebajikan Masyarakat dan dalam tahun 1967 menyertai Felda sebagai Pengarah Hal Ehwal Peneroka.

    Beliau telah meninggal dunia kerana sakit tua pada tahun 1999. Beliau adalah seorang anak watan yang banyak berjasa kepada Bangsa dan Negara. Setiap warga negara harus mengambil contoh pengorbanan dan kerelaan beliau menyerahkan sepenuh tenaga dan jiwa raga kepada bangsa dan negara.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.