Ipoh Municipal Car Park, Tempat Letak Kereta Bertingkat Pertama Di Malaysia

Tempat letak kereta perbandaran atau lebih dikenali dalam bahasa Inggeris iaitu municipal car park yang terletak di Jalan Dato Maharajalela, Ipoh ini mempunyai nilai sejarahnya tersendiri dan ia cukup menarik untuk diketahui kisahnya yang semakin suram sejak dibina dengan penuh gilang gemilang.

Municipal car park dibina dalam tahun 1962 dengan kos sebanyak $100,000 dan tidak ramai yang tahu satu fakta menarik serta uniknya tentang tempat letak kereta ini adalah ia merupakan tempat letak kereta bertingkat yang pertama dalam negara kita, Malaysia.

Zaman kegemilangan municipal car park kini mungkin sudah tidak seperti dahulu kerana ramai generasi hari ini tidak maklum tentang kisah dan cerita disebalik bangunan tersebut. Namun, sejarah yang telah dilakarkan tidak mungkin boleh diubah yang mana dengan terbinanya tempat letak kereta bertingkat ini, ia telah dinobatkan sebagai tempat letak kereta bertingkat yang pertama di Malaysia.

Ipoh municipal car park, Tempat Letak Kereta Bertingkat Pertama Di Malaysia

Almarhum Sultan Idris II (Sultan Perak ke 33) telah merasmikan tempat letak kereta bertingkat yang pertama di Malaysia ini pada tarikh 26 April 1963. Baginda telah perkenan untuk merasmikan dengan memandu kereta ke tingkat pertama bangunan tersebut dan memintas putuskan reben sebagai simbolik perasmian.

Ipoh municipal car park, Tempat Letak Kereta Bertingkat Pertama Di Malaysia

Tempat letak kerata bertingkat ini dibina di lereng bukit dan ia punyai tiga tingkat untuk diletakkan kenderaan. Setiap tingkat tersebut punyai pintu masuk dan keluarnya yang tersendiri. Tempoh pembinaan bangunan yang penuh nostalgia ini hanya mengambil masa selama enam bulan sahaja yang mana ia boleh memuatkan sebanyak 96 buah kenderaan.

Ipoh municipal car park, Tempat Letak Kereta Bertingkat Pertama Di Malaysia

Sejak ia mula dibuka kepada orang awam, semua ruang tapak tempat letak kenderaan telah penuh diambil pelanggan dengan kadar sewa bulanan antara $12 hingga $25. Pihak majlis berjaya mengumpulkan sebanyak $18,788 dalam tahun 1965 dari penyewaan tempat letak kereta bertingkat yang pertama di Malaysia.

Tidak jauh dari tempat letak kereta bertingkat ini terdapat Menara Jam Peringatan Birch yang terletak di dataran Dato Sagor yang mana ia telah dibina oleh anak (Sir Ernest Woodford Birch) kepada residen British pertama di Perak sempena memperingati bapanya J. W. W. Birch.

Rujukan:

  • The Straits Times, 12 April 1963, Page 5
  • The Straits Times, 25 April 1963, Page 7

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here