Perak Bakal Laksanakan Sistem E-Parking Untuk Tahun 2019

Kerajaan Perak akan memperkenalkan aplikasi telefon pintar untuk membayar caj meletak kereta (e-parking), bermula tahun 2019. Exco Kerajaan Negeri Perak iaitu Yong Choo Kiong berkata, sistem itu satu lagi pilihan kepada orang ramai selain penggunaan kupon sepertimana dilaksanakan sekarang.

Sepertimana yang telah putuskan sebelum ini, penggunaan kupon letak kereta akan diseragamkan berkuatkuasa 1 Januari 2019. Dengan penyeragaman itu, pengguna tidak lagi perlu untuk membeli kupon berlainan mengikut kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Satu lagi kaedah yang akan diperkenalkan dengan e-parking ini adalah aplikasi yang dibangunkan dengan sifat mesra pengguna dan menjimatkan masa. Exco Kerajaan Negeri Perak iaitu Yong Choo Kiong berharap agar kedua-duanya boleh dilaksanakan secara serentak untuk tahun 2019.

Syarikat yang bertanggungjawab membangunkan aplikasi berkenaan akan memulakan sesi taklimat di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mulai Ogos 2018. Taklimat itu termasuklah tatacara penguatkuasaan yang perlu diambil perhatian.

Perak Bakal Laksanakan Sistem E-Parking Untuk Tahun 2019

Cara penggunaan sistem ini amat mudah yang mana pengguna hanya perlu memilih kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mana dan terus mengisi nombor kenderaan dan tempoh masa. Apabila tamat waktu meletak kenderaan, pengguna boleh melanjutkan masa parkir melalui telefon tanpa perlu ke kenderaan.

Bagi pihak pihak penguat kuasa pula, mereka juga dilengkapkan dengan aplikasi khas untuk semakan sama ada kenderaan itu telah menjelaskan caj parkir atau tidak sebelum kompaun dikeluarkan bagi pengguna yang ingkar dan tidak prihatin.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.