OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
06:00:00
Syuruk
07:05:00
Zohor
13:15:00
Asar
16:16:00
Maghrib
19:18:00
Isyak
20:27:00
Berita

Perak Bakal Laksanakan Sistem E-Parking Untuk Tahun 2019

01 Aug 2018 · 1 min baca · 2 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar
Kerajaan Perak akan memperkenalkan aplikasi telefon pintar untuk membayar caj meletak kereta (e-parking), bermula tahun 2019. Pengguna tidak lagi perlu untuk membeli kupon berlainan mengikut kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Kerajaan Perak akan memperkenalkan aplikasi telefon pintar untuk membayar caj meletak kereta (e-parking), bermula tahun 2019. Exco Kerajaan Negeri Perak iaitu Yong Choo Kiong berkata, sistem itu satu lagi pilihan kepada orang ramai selain penggunaan kupon sepertimana dilaksanakan sekarang.

Sepertimana yang telah putuskan sebelum ini, penggunaan kupon letak kereta akan diseragamkan berkuatkuasa 1 Januari 2019. Dengan penyeragaman itu, pengguna tidak lagi perlu untuk membeli kupon berlainan mengikut kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Satu lagi kaedah yang akan diperkenalkan dengan e-parking ini adalah aplikasi yang dibangunkan dengan sifat mesra pengguna dan menjimatkan masa. Exco Kerajaan Negeri Perak iaitu Yong Choo Kiong berharap agar kedua-duanya boleh dilaksanakan secara serentak untuk tahun 2019. Syarikat yang bertanggungjawab membangunkan aplikasi berkenaan akan memulakan sesi taklimat di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mulai Ogos 2018. Taklimat itu termasuklah tatacara penguatkuasaan yang perlu diambil perhatian.

Perak Bakal Laksanakan Sistem E-Parking Untuk Tahun 2019

Cara penggunaan sistem ini amat mudah yang mana pengguna hanya perlu memilih kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mana dan terus mengisi nombor kenderaan dan tempoh masa. Apabila tamat waktu meletak kenderaan, pengguna boleh melanjutkan masa parkir melalui telefon tanpa perlu ke kenderaan. Bagi pihak pihak penguat kuasa pula, mereka juga dilengkapkan dengan aplikasi khas untuk semakan sama ada kenderaan itu telah menjelaskan caj parkir atau tidak sebelum kompaun dikeluarkan bagi pengguna yang ingkar dan tidak prihatin.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.