Kenali Raja Bendahara Perak Yang Terakhir

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Duli Yang Amat Mulia Raja Bendahara Perak iaitu Almarhum Raja Abdul Rashid ibni Sultan Idris Murshidul ‘azam Shah I. Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Almarhum Raja Abdul Rashid adalah merupakan Raja Bendahara Perak yang terakhir.

    Almarhum Raja Abdul Rashid diputerakan pada 12 Julai 1889 di Bukit Chandan, Kuala Kangsar dan bondanya bernama Che Ngah Uteh Mariah. Almarhum Raja Abdul Rashid dilantik menjadi Raja Kecil Tengah pada 10 Mei 1934 dan diangkat menjadi Raja Di Hilir pada 1 Oktober 1939 lantas menjadi Raja Bendahara pada 15 Julai 1948.

    Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Almarhum Raja Abdul Rashid pernah berkahwin sebanyak 8 kali dan berikut adalah senarai nama isterinya:

    • Isteri pertama : Raja Lun Zubaidah bt Raja Ahmad
    • Isteri ke dua : Che Rafidah bt Uda Maa’mor
    • Isteri ke tiga : Che Maheran bt Abdullah
    • Isteri ke empat : Raja Kimas bt Raja Sir Chulan
    • Isteri ke lima : Raja Halimah
    • Isteri ke enam : Cik Aminah bt Awang
    • Isteri ke tujuh : Sharifah Rokiah bt Syed Kassim
    • Isteri ke lapan : Raja Puan Kecil Raja Aishah bt Raja Saidin

    Raja Abdul Rashid akhirnya mangkat pada 24 November 1958 dan telah dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar yang mana hari ini dikenali dengan nama Makam Diraja Al-Ghufran dengan penuh adat istiadat Diraja Perak sebagai seorang Raja Bergelar.

    Kenali Raja Bendahara Perak Yang Terakhir

    Jenazah Raja Abdul Rashid diturunkan daripada kediaman Sharifah Rokiah yang merupakan isteri ketujuh kepada Raja Abdul Rashid sebelum dibawa ke kawasan permakaman diraja. Selepas kemangkatan Raja Abdul Rashid pada tahun 1958, Sultan Perak pada ketika itu iaitu Almarhum Sultan Sultan Yussuf Izzuddin Shah telah menghapuskan gelaran Raja Bendahara.

    Kenali Raja Bendahara Perak Yang Terakhir

    Gelaran Raja Bendahara yang mana pada waktu itu adalah penyandangnya merupakan pewaris kedua tahta negeri Perak selepas Raja Muda. Gelaran yang disandang oleh kerabat diraja Perak selama 200 tahun ini akhirnya telah dikembalikan semula kepada orang kebanyakan sepertimana asalnya.

    Kenali Raja Bendahara Perak Yang Terakhir

    Hari ini, gelaran tersebut lebih dikenali dengan panggilan Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja. Al-Fatihah dan semoga Roh Raja Abdul Rashid ibni Sultan Idris Murshidul Azam Shah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.

    Kenali Raja Bendahara Perak Yang Terakhir

    sumber tengkusyah.blogspot.my dan gambar sembangkuala

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.