● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:57
Syuruk
07:02
Zohor
13:10
Asar
16:19
Maghrib
19:11
Isyak
20:20
Sejarah

Asal Usul Nama Batu Kurau, Perak

10 Jan 2019 · 1 min baca · 142 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Ramai tokoh-tokoh besar yang lahir dari Batu Kurau, antaranya ialah seperti Allahyarham Dato’ Seri Hj. Kamaruddin B. Mat Isa iaitu mantan Menteri Besar Perak yang kelima (1970-1974) yang berasal dari Kampung Batu 16.

Selain itu, Allahyarham Tuan Hj. Muhammad Saman B. Muhammad yang lebih dikenali sebagai Hj. Mat Saman Kati (1922-1995) berasal dari Kampung Relau Berdiri, Batu 16 yang merupakan seorang ulama terkenal dan pernah dilantik sebagai Mufti negeri Perak dari tahun 1978-1986. Terbaru ialah Datuk Ustaz Mohammad Kazim Elias atau dikenali dengan gelaran UKE. Beliau adalah penceramah agama bebas yang terkenal di Malaysia dan sering menyampaikan ceramah dengan nada yang santai dan bersahaja juga diselit komedi kekeluargaan bagi menarik perhatian pendengar.

peta batu kurau

Berbalik kepada cerita Batu Kurau, Batu Kurau merupakan salah sebuah mukim di dalam daerah Larut Matang yang terletak kira-kira 20 km dari Bandar Taiping. Menurut cerita orang lama, Batu Kurau yang dibuka sejak tahun 1850 apabila pemimpin Batu Kurau yang pertama iaitu Tok Amar Wan Kasa Bin Raja Hulubalang Pattani telah dilantik menjadi Penghulu disana pada tahun 1859 hingga 1867. Sejarah kewujudan mukim Batu Kurau adalah dalam satu zaman dengan sejarah pembukaan dan kemajuan bandar Taiping pada tahun 1850 hingga 1857 semasa Long Jaafar menjadi pembesar di jajahan Larut yang kini dikenali sebagai Taiping.

ikan kurau

Asal-usul nama Batu Kurau berkaitan dengan batu dan juga ikan kurau. Ia diambil sempena daripada seketul batu besar yang menyerupai ikan kurau terletak di tebing Sungai Kurau (berhampiran jambatan jalan raya Kampung Batu 14). Sungai ini berpunca daripada beberapa batang anak sungai dari Kampung Sempeneh, Anak Kurau, Changkat Lobak hingga ke Kampung Pondok Tanjung, seterusnya mengalir ke Bukit Merah dan masuk muara di Kuala Kurau, daerah Kerian.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.