Beriadah Di Kawasan Perkelahan Lata Sungai Bil Di Tanjung Malim

Negeri Perak terkenal dengan mempunyai banyak kawasan perkelahan untuk rakyat jelata negeri ini berkelah dan beriadah bersama keluarga. Sudah tentu kebanyakan kawasan perkelahan ini terdiri daripada kawasan Lata ataupun Air Terjun.

Pada kali ini, orangperak.com akan menyentuh mengenai Kawasan Perkelahan Lata Sungai Bil yang terkenal di Tanjung Malim.

Kawasan Perkelahan Lata Sungai Bil ini terletak di Tanjung Malim di mana para pengunjung boleh datang ke sini yang hanya 45 minit dari pekan Tanjung Malim. Kedudukan Lata Sg Bil ini adalah 24km arah Utara Tanjung Malim.

Untuk ke kawasan perkelahan ini dari pekan Tanjung Malim, pengunjung akan melalui kawasan perkampungan iaitu Kampung Behrang Ulu, Kampung Sungai Dara, Kampung Sungai.

sungai bil

Lokasinya yang terletak di kawasan pendalaman amat sesuai untuk bersantai sambil menikmati air sungai yang sejuk dan pemandangan alam semulajadi yang menarik.

sungai bil

Terdapat banyak aktiviti yang boleh diadakan di Air Terjun Sungai Bil, antaranya ialah aktiviti berkemah, memancing dan juga berekreasi bersama keluarga.

Terkenal dengan keindahan panorama semulajadi, ternyata kawasan ini sememangnya sesuai untuk mereka yang ingin melepaskan tekanan dan lari dari hiruk pikuk bandar.

Lata Sungai Bil selain memiliki air yang sangat jernih dan sejuk. Ianya juga terkenal kepada mereka yang suka berkhemah, meredah hutan, memancing , berkelah dan lain-lain.

Terdapat pelbagai spesis flora dan fauna yang terdapat disini. Di kawasan terdapat sebuah empangan hidroelektrik yang digunakan untuk menjana elektrik.

sungai bil

Pelbagai kemudahan disediakan di sini seperti dewan orang ramai, tempat letak kereta lot, kedai makanan dan minuman, tandas awam yang bersih dan rumah-rumah rehat untuk keselesaan pengunjung.

Kawasan perkelahan yang sering dikunjungi pengunjung dihujung minggu. Namun di musim hujan langkah berjaga jaga perlu diambil berat. Air boleh naik secara mengejut terutamanya apabila berlaku hujan di hulu sungai.

sungai bil

Sekarang, lata Sungai Bil dikenali di seluruh negeri ini untuk aktiviti-aktiviti peringkat kebangsaan yang diadakan di sini seperti pertandingan ECO Challenge dan Program Khidmat Negara (PLKN).

Menarik mengenai kawasan perkelahan ini ialah, Jawatankuasa Kampung Sungai Bil, Perak berjaya menjamin kebersihan kawasan perkelahan sekali gus meminimumkan risiko leptospirosis.

Ini merupakan sesuatu yang sangat baik apatah lagi sekarang kawasan perkelahan air kadangkala dianggap sudah tidak selamat. Jadi tunggu apa lagi, di musim perayaan dan hari-hari cuti yang akan datang anda semua kini sudah tahu kemana tempat untuk berkelah bersama keluarga.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here