Cerita Bagaimana Pulau Pangkor Mendapat Nama

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Pulau Pangkor terkenal sejak sekian lama dahulu kira-kira pada tahun 1670 lagi. Pada waktu itu, belanda telah menjadikan Pulau Pangkor sebagai lokasi memunggah bijih timah dari negeri Perak. Kota Belanda telah dibina bagi menyimpan bijih timah dan lain-lain hasil dagangan dari negeri Perak.

    Agak kerap berlaku aktiviti lanun di Selat Dinding dan sekitar kawasan tersebut. Pada 20 Januari 1874 pula, Sir Andrew Clarke selaku Gabenor Negeri Selat yang beribu pejabat di Singapura telah datang ke Pulau Pangkor bagi menandatangani Perjanjian Pangkor dengan Sultan Abdullah Sultan Perak ke 26.

    sultan abdullah

    Pulau yang berdekatan dengan Lumut itu mempunyai keluasan kira-kira 2,200 hektar dan kini, Pulau Pangkor merupakan salah satu destinasi pelancongan pulau utama di Malaysia setiap tahun. Berdasarkan sumber orang lama penduduk tempatan, terdapat cerita lama berkenaan dengan asal usul nama Pulau Pangkor yang tidak dapat dikenalpasti kesahihan ceritanya. Namun inilah cerita yang dipanjangkan sejak turun temurun untuk memperingati bagaimana Pulau Pangkor mendapat namanya.

    peta pulau pangkor

    Pada zaman dahulu Pulau Pangkor ini lansung tidak mempunyai penghuni, hanya pedagang sahaja yang datang singgah untuk berehat. Pulau Pangkor ini dikatakan nama dahulu dipanggil sebagai Pulau Singgah kerana ia menjadi tempat persinggahan Sultan atau kerabat diraja untuk datang berehat dan bercuti. Oleh kerana begitu tertarik dengan keindahan Pulau Pangkor, baginda sultan telah mengarahkan untuk membina sebuah istana dan istana tersebut dinamakan sebagai Istana Hinggap setelah siap dibina.

    Sultan hanya datang singgah di pulau tersebut setahun sekali. Jadi, penduduk di persisiran pantai mula berpindah dan merantau ke pulau tersebut kerana ingin meneroka tempat baru. Orang yang mula-mula berpindah ke situ adalah Pak Pangkor bersama keluarganya. Pak Pangkor yang berasal dari pantai Remis terpaksa berpindah kerana kehidupan mereka sekeluarga disana susah nak terpaksa berpindah untuk meneruskan kehidupan.

    Mereka sekeluarga bersepakat untuk berpindah ke Pulau Singgah dan Pak Pangkor telah mendirikan pondok kecil untuk mereka sekeluarga berlindung dan bermalam. Keesokkan harinya ketika Pak Pangkor berjalan meninjau keadaan disekitar pulau mencari tapak untuk mendirikan pondok yang lebih baik, Pak Pangkor telah menjumpai suatu tempat yang sesuai dan mempunyai punca air dan terus mendirikan pondoknya disitu.

    Pak Pangkor membersihkan kawasan persekitaran dan mula menanam ubi kayu, pisang, jagung serta pokok buah-buahan lain dan pada satu hari, Sultan Perak telah kembali ke Pulau Pangkor dan pada asalnya, rombongan diraja itu tidak sedar akan kehadiran orang yang mula berpindah ke sana sehinggalah ketika sultan keluar berburu dan seorang pembesar telah terpandang ke arah kebun Pak Pangkor dan segera memaklumkan kepada baginda sultan.

    Kemudian, Pak Pangkor dijemput untuk menghadap sultan. Pak pangkor masuk menghadap dengan membawa hasil tanamannya untuk dipersembahkan kepada sultan. Selepas peristiwa itu ramai orang dari tanah besar mula berpindah ke Pulau tersebut setelah mendapat perkenan daripada Sultan Perak. Orang ramai menamakan pulau tersebut sebagai Pulau Pangkor kerana Pak Pangkor yang mula-mula meneroka kawasan tersebut.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.