Home Blog Sejarah Kisah Serangan Hendap Komunis Ke Atas Polis Di Langkap Pada 1956

Kisah Serangan Hendap Komunis Ke Atas Polis Di Langkap Pada 1956

0
Kisah Serangan Hendap Komunis Ke Atas Polis Di Langkap Pada 1956

Sewaktu gelombang pertama kebangkitan komunis di Tanah Melayu pada 1948, kebanyakan kawasan dalam negeri Perak telah dimasukkan didalam kawasan hitam disebabkan kegiatan aktif gerila komunis di kawasan berkenaan. Serangan pengganas komunis berlaku hampir setiap hari dan menyebabkan ramai penduduk terkorban serta merosakkan harta benda awam.

Keadaan ini telah memaksa kerajaan diketika itu untuk mengadakan perintah darurat bagi membendung kegiatan pengganas komunis dan mengawal keselamatan penduduk dikawasan yang terjejas.

Dalam daerah Hilir Perak sahaja terlalu banyak kawasan yang dijadikan kubu oleh pihak komunis antaranya di Sungai Tungku, Langkap, Chui Chak dan beberapa kawasan lain.

Pihak pengganas komunis memaksa orang kampung untuk menyertai perjuangan mereka dan membakar rumah-rumah mereka yang enggan berkerjasama pada waktu malam.

Kisah Serangan Hendap Komunis Ke Atas Polis Di Langkap Pada 1956

Disebabkan tekanan berterusan oleh pihak komunis yang mengganggu kehidupan seharian penduduk kampung telah membangkitkan semangat juang penduduk disekitar kawasan Sungai Manik dan Chenderong Balai untuk menentang komunis disamping pasukan keselamatan.

Artikel kali ini diterbitkan untuk kita mengenang kembali pengorbanan pasukan keselamatan yang mempertaruhkan nyawa dalam serangan pihak pengganas komunis ke atas pasukan polis di Langkap pada 15 Februari 1956.

Kisah Serangan Hendap Komunis Ke Atas Polis Di Langkap Pada 1956

Kawasan Langkap dan Chui Chak sememangnya menjadi kawasan kubu kuat komunis semenjak pengunduran Jepun sehingga awal kemerdekaan negara. Berdasarkan rekod, dalam 2 minggu pertama bulan Julai tahun 1948 sahaja terdapat dua serangan komunis ke atas pekan kecil Langkap ini.

Pada 1 Julai 1948, pihak komunis telah menahan lalu membunuh seorang pegawai jajahan berbangsa Cina kawasan Langkap ini dan 8 hari kemudian pada 9 Julai 1948, pihak pengganas komunis telah melancarkan serangan besar-besaran ke atas Balai Polis Langkap yang telah menyebabkan seorang konstabel polis (PC) terbunuh dalam serangan tersebut.

Kisah Serangan Hendap Komunis Ke Atas Polis Di Langkap Pada 1956

Beberapa tahun kemudian, berlakunya kembali serangan besar ke atas pihak polis di Langkap yang menyebabkan beberapa orang mata-mata polis terkorban.

Pada pagi 15 Februari 1956, sebuah pasukan platon mata-mata polis seramai 12 orang telah diarahkan untuk membuat tinjauan di sekitar kawasan Chui Chak oleh ketua platon kumpulan SC Harun Bin Itam.

Laluan untuk ke kawasan Chui Chak tersebut sempit selain dipenuhi tumbuhan lalang tinggi yang boleh dijadikan tempat persembunyian oleh pihak komunis untuk melakukan serangan hendap.

Kisah Serangan Hendap Komunis Ke Atas Polis Di Langkap Pada 1956

Nyata dalam kejadian tersebut, pihak komunis telah menunggu untuk menyerang. Ketika pasukan mata-mata yang diketuai oleh Sarjan Abu melalui laluan sempit tersebut, tiba-tiba empat buah periuk api meletup dan dengan serta merta 30 orang pengganas komunis keluar dari tempat persembunyian dan mula melakukan serangan ganas keatas pihak polis.

Kisah Serangan Hendap Komunis Ke Atas Polis Di Langkap Pada 1956

Serangan tersebut telah menyebabkan 5 orang mata-mata polis termasuk Sarjan Abu meninggal serta merta ditempat kejadian dan seorang mata-mata cedera parah. Manakala mereka yang terselamat membalas kembali serangan komunis tersebut dengan sengit tanpa memperdulikan keselamatan sendiri.

Seorang mata-mata berjaya melarikan diri dari kawasan pertempuran dan segera memberikan amaran serangan pengganas kepada penduduk di pekan Langkap.

Penduduk di pekan Langkap memberitahu mereka terdengar bunyi letupan periuk api tersebut. Seorang lagi mata-mata yang menyerang pihak komunis telah kehabisan peluru dan mula merancang untuk berundur.

Kisah Serangan Hendap Komunis Ke Atas Polis Di Langkap Pada 1956

Namun beliau kemudiannya ditahan oleh pihak komunis namun tidak dicederakan. Pihak komunis telah merampas sebuah sten gun, sebuah senapang karbin dan empat buah senapang sebelum melarikan diri. Susulan kejadian tersebut, pasukan tentera dan polis telah dihantar oleh kerajaan untuk melakukan pemburuan keatas pihak komunis yang melakukan serangan tersebut.

Kisah Serangan Hendap Komunis Ke Atas Polis Di Langkap Pada 1956

Pihak kerajaan negeri juga kemudiannya mengadakan perintah darurat ke atas Kampung Baru Cina yang berada dalam lingkungan lima batu dari Langkap iaitu Kampung Baru Chui Chak, Kampung Baru Palawan dan Kampung Baru Batu Dua Belas. Kampung-kampung tersebut mempunyai seramai hampir 12 ribu penduduk dari kaum cina.

Kisah Serangan Hendap Komunis Ke Atas Polis Di Langkap Pada 1956

Serangan ini dipercayai sebagai membalas dendam akibat penahanan yang dilakukan oleh pihak polis seminggu sebelum kejadian serangan tersebut keatas mereka yang dipercayai menjadi ahli ataupun bersimpati dengan perjuangan komunis di sekitar kawasan Langkap.

Kisah Serangan Hendap Komunis Ke Atas Polis Di Langkap Pada 1956

Serangan hendap komunis ke atas mata-mata polis pada tanggal 15 Februari 1956, nyata ianya menjadi bukti nyata pihak komunis sanggup menggunakan kekerasan untuk mencapai matlamat untuk menubuhkan sebuah negara yang mengamalkan fahaman komunis di rantau ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here