Orang Parit Kutip Strawberry, Akhirnya Jadi Pakar Perbankan Di Switzerland

Hebat betul orang kita tambahan pula ramai orang Malaysia yang kini punyai bakat besar lebih hebat dari cendiakawan di negara barat. Artikel kali ini ingin menyentuh tentang seorang individu hebat yang menjadi pakar perbankan di Switzerland dari sebuah pekan kecil dan terpencil di daerah Perak Tengah iaitu pekan Parit.

Dalam terbitan artikel orangperak.com kali ini ingin memperkenalkan kepada anda semua tentang individu yang bernama Sarhan Bin Alang Endut. Sarhan dilahirkan di Kampung Bukit Chupak, Parit. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Iskandar Shah di pekan Parit dan kemudian melanjutkan pelajaran peringkat menengah di Sekolah Menengah Sains Sungai Petani di Kedah.

Sejak kecil beliau amat meminati seni kaligrafi hasil dorongan ayahnya iaitu Allahyarham Haji Alang Endut. Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Allahyarham Haji Alang Endut adalah guru kepada Almarhum Sultan Idris Shah (Sultan Perak ke 33).

Sarhan Bin Alang Endut adalah merupakan anak yang ke 13 daripada 15 orang adik beradik. Tidak pernah dilupakan asal usulnya dari sebuah pekan kecil di negeri Perak dan beliau juga pernah bekerja sebagai pengutip buah strawberi sewaktu sedang melanjutkan pelajaran di luar negara.

Pada asalnya, beliau belajar di United Kingdom dalam bidang senibina. Akan tetapi, Sarhan Bin Alang Endut tidak meneruskan pembelajarannya itu sehingga habis kerana minatnya terhadap senibina tidak hadir dalam jiwanya yang memberontak lebih ke arah perbankan. Oleh yang demikian, beliau terus merantau ke Switzerland untuk mencuba nasib.

Orang Parit Kutip Strawberry, Akhirnya Jadi Pakar Perbankan Di Switzerland

Abang kepada Sarhan Bin Alang Endut iaitu Abdul Rahim yang pernah bertugas sebagai seorang pengurus di sebuah bank tempatan diangkat sebagai mentor oleh Sarhan. Beliau banyak menerima nasihat dan tunjuk ajar dari abangnya dalam bidang perbankan.

Beliau bertugas dengan Bank Mizuho, sebuah bank antarabangsa yang terletak di Zurich, Switzerland. Sarhan mengetuai bahagian pinjaman dan pelaburan dan kemudian dinaikkan pangkat menjadi sebagai Naib Presiden Pertama. Inilah kali pertama anak kelahiran Malaysia menjawat jawatan tersebut di institusi perbankan negara berkenaan.

Tugas sebagai Naib Presiden Pertama adalah perlu mengawasi pelaburan dan perhubungan dengan ibu pejabat di Jepun. Sarhan bukan sahaja perlu mempunyai hubungan yang baik dengan kakitangan malah beliau jugalah yang akan menjadi perantaraan di antara majikannya di Jepun dengan kerajaan Switzerland.

Orang Parit Kutip Strawberry, Akhirnya Jadi Pakar Perbankan Di Switzerland

Bank Mizuho yang terletak di Jalan Loewenstrasse itulah tempat Sarhan Bin Alang Endut mencipta nama di bidang perbankan. Bank tersebut mempunyai beribu-ribu pejabat di Jepun dan yang membuka cawangan di kawasan tersebut juga kebanyakannya adalah bank-bank ternama di seluruh dunia.

Sarhan Bin Alang Endut juga pernah dilantik sebagai Presiden Persatuan Anak Malaysia di Switzerland beberapa tahun. Tugasnya dalam kebajikan tersebut adalah beliau perlu menguruskan hal ehwal pelajar mahupun rakyat Malaysia yang bekerja di sana.

Setiap tahun jika ada masa terluang, Sarhan Bin Alang Endut akan membawa isteri dan anak-anaknya bercuti di tanah air agar anak anaknya memahami dan mendalami budaya Melayu. Meskipun telah berjaya mencipta nama di negara orang dan menjawat jawatan yang tinggi, namun beliau tidak lupa akan asal usul dan keluarganya di pekan Parit, Perak.

diolah dari sumber dan kredit gambar kepada mazlinnordin.blogspot.my

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here