29.7 C
Ipoh
Saturday, 7 December 2024

5 Tarikan Baru Sedia Temui Pengunjung Di MAPS

- Advertisement -
- Advertisement -

Cukup membanggakan apabila sebuah taman tema animasi yang pertama di asia tidak lain tidak bukan iaitu Movie Animation Park Studio (MAPS) dibangunkan di bumi negeri Perak yang tercinta ini. Sejak pembukaannya pada 26 Jun 2017 yang lalu, ramai pengunjung yang datang untuk merasai sendiri keseronokan taman tema animasi pertama di asia bersama-sama dengan keluarga.

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, pihak Movie Animation Park Studio (MAPS) sudah cukup bersedia untuk membuka Dream Zone kepada para pengunjung dalam masa terdekat yang akan diumumkan nanti. Dalam artikel kali ini ingin menceritakan pada anda tentang 5 tarikan baru dan bakal menemui pengunjung yang mengunjung ke Movie Animation Park Studio (MAPS) dalam Dream Zone yang akan dibuka.

Dream Zone pasti akan berjaya memukau pengunjung yang datang dengan membuatkan anda rasa umpama berada dalam dunia filem dan siri animasi kegemaran ramai! Dapatkan kenangan manis bersama keluarga! Sudah rasa teruja? Moh baca apakah 5 tarikan baru yang disediakan untuk anda dalam Dream Zone!

Megamind Megadrop

1. Megamind Megadrop

Dengan ketinggian setinggi 52 meter, ia pasti akan buat anda tergugat apabila ia turun mengejut dalam kelajuan kira-kira 62.4 km/jam yang mana hanya mengambil masa kira-kira 3 saat sahaja apabila statik diatas selama 8 saat. Fakta menarik, orang kurang upaya (OKU) pertama yang mencuba Megamind Megadrop ini adalah Dwan. Anda tidak rasa tercabar? Moh cuba!

Megamind Megadrop

Dwan, orang kurang upaya (OKU) pertama yang cuba Megamind Megadrop

Dream Theater

2. Dream Theater

Menarik untuk tontonan seisi keluarga bersama anak-anak. Dalam Dream Theater ini, anda bakal menyaksikan pertempuran Rock n Roll di panggung Megamind Rocks. Pertempuran tersebut dikenali sebagai Metro Rock Mega Battle yang mana watak animasi Megamind akan bersaing dalam pertempuran tersebut bagi mengekalkan tempatnya sebagai hero nombor satu di Metro City. Jadi, keluarga anda pasti akan terhibur dan mampu mengukir senyuman di wajah anak-anak!

Dream Theater

Suasana amat meriah dan terhibur dalam teater ini

Mr Peabody And Sherman's Time Adventure

3. Mr Peabody And Sherman’s Time Adventure

Kembali ke masa hadapan! Apa yang menariknya di sini adalah akan akan bertemu dengan Mr Peabody dan Sherman untuk lawatan hebat Peabody Industries yang tidak mungkin anda dapat lupakan. Anda akan rasai pengalaman menggunakan mesin masa WABAC untuk melibat peredaran dan perubahan zaman.

Casper’s Birthday Blast

4. Casper’s Birthday Blast

Semasa Casper si hantu yang comel meraikan hari jadinya, hantu-hantu lain telah membuat kacau dalam majlis hari jadinya dengan membaling gam hantu melekit berwarna hijau di sekeliling dinding rumah. Anda akan menaiki kereta dengan santai serta dibekalkan pistol untuk menembak buang gam-gam tersebut. Ayuh bantu Casper selamatkan majlis hari jadinya!

The Croods Crazy Chase

5. The Croods Crazy Chase

Moh sertai pengembaraan dalam zaman prasejarah di The Croods Crazy Chase. Apa yang ada di sini adalah anda bakal menaiki Roller Coaster dalaman untuk menyertai keluarga Croods dalam memburu telur dan merasi landskap yang tidak pernah anda duga!

Atas kesempatan ini, jutaan terima kasih diucapkan kepada Movie Animation Park Studio (MAPS) dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memberi peluang kepada editor orangperak.com untuk turut serta dalam sesi tertutup media tour pada 13 Disember 2017 tempoh hari. Kami rasa cukup bertuah kerana menjadi yang terawal dalam merasai keseronokan Dream Zone yang bakal dibuka kepada pengunjung dalam masa terdekat.

5 Tarikan Baru Sedia Temui Pengunjung Di MAPS

Anda dah cukup teruja dan tidak sabar lagi? Kami dah cuba, memang seronok! Nantikan pengumuman rasmi yang akan diumumkan oleh pihak Movie Animation Park Studio (MAPS) untuk pembukaan Dream Zone di facebook rasmi mereka facebook.com/mapsperak atau laman web rasmi www.mapsperak.com.

- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here