25.5 C
Ipoh
Thursday, 16 January 2025

Majlis Perkahwinan Kelahiran Perak Yang Bertemakan Kesultanan Melayu Melaka

- Advertisement -
- Advertisement -

Sayangkan budaya dan adat melayu, sesuatu yang wajar diangkat tinggi untuk mempertahankan martabat adat resam melayu yang semakin kian pudar warnanya umpama lunturnya warna dari kain yang semakin memutih.

Melayu pada hari ini semakin lupa akan asal usul mereka dan terlalu mengikut-ikut aturcara barat dalam kehidupan harian. Hal ini sepatutnya dibendung sebelum pengaruh barat menguasai sepenuhnya negara kita, negara Malaysia berbudaya Melayu.

Majlis Perkahwinan Kelahiran Perak Yang Bertemakan Kesultanan Melayu Melaka

Lain pula ceritanya buat anak kelahiran Perak dari Bagan Datuk kerana ada pasangan mempelai yang melengkapkan tirai labuh ke jinjang pelamin mereka dengan tema yang unik sekali pada tarikh 24 September 2016 yang lalu.

Majlis persandingan perkahwinan mereka adalah bertemakan zaman kesultanan Melayu Melaka. Diakui, jarang-jarang sekali pihak kami orangperak.com mendengar aturaca majlis persandingan perkahwinan yang mengangkat adat dan budaya dengan bertemakan zaman kesultanan Melayu Melaka.

Majlis Perkahwinan Kelahiran Perak Yang Bertemakan Kesultanan Melayu Melaka

Sudah tersurat dalam takdir jodoh buat mereka berdua, si suami Pangiran Nurdian Syah Bin Zainal Abidin dan permaisurinya Nor’ain Binti Khalipah yang bertemu dan berkenalan di Shah Alam.

Cinta mereka mula berputik dengan ikatan tunang setelah saling mengenali lebih kurang 7 bulan dan apa yang menarik, mereka berdua baru sahaja tahu tentang hal asal usul mereka sendiri dari kampung dan sekolah yang sama di Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari, Sungai Sumun di Bagan Datuk.

Majlis Perkahwinan Kelahiran Perak Yang Bertemakan Kesultanan Melayu Melaka

Tentu anda pembaca setia orangperak.com tertanya-tanya, siapakah diantara dua mempelai ini yang memilih untuk merialisasikan majlis persandingan dengan bertemakan zaman kesultanan Melayu Melaka?

Kami dapat maklumat dari sumber sahabat pengantin sendiri bahawa oleh kerana kedua-duanya adalah ahli persilatan dan sangat menjiwai semangat melayu, jadi mereka berdua sebulat suara untuk menjadikan majlis perkahwinan mereka supaya dapat menyerupai dan menjiwai zaman kesultanan Melayu Melaka.

Majlis Perkahwinan Kelahiran Perak Yang Bertemakan Kesultanan Melayu Melaka

Restu dan persetujuan ayah bonda dari kedua-dua belah pihak keluarga telah mendorong lagi pasangan ini untuk mengadakan upacara perkahwinan yang bertemakan zaman kesultanan Melayu Melaka sepertimana mereka idam-idamkan dan untuk makluman anda, hampir 30 guru persilatan dari seluruh tanah air kita negara Malaysia turun padang untuk meraikan dan secara tidak lansung menyokong busana majlis perkahwinan mereka ini.

Majlis Perkahwinan Kelahiran Perak Yang Bertemakan Kesultanan Melayu Melaka

Pelamin atau terma perkataan yang paling sesuai untuk dipanggil dalam majlis ini adalah Balairong Seri. Balairong Seri dalam majlis Pangiran Nurdian Syah Bin Zainal Abidin diciptakan khas oleh Sanggar Masri Klasik dengan anggaran kos kasar dari RM5,000 sehingga RM10,000.

Kos keseluruhan untuk majlis tersebut yang diadakan di Hotel Grand Campbell Kuala Lumpur itu memakan kos kira-kira RM50,000.

Video diatas adalah rakaman dan suntingan yang dibuat oleh RG STUDIO yang mana telah mendapat peluang untuk merakam detik berharga pasangan pengantin ini. Sebuah majlis yang sangat istimewa bertemakan Kesultanan Melayu Melaka zaman pahlawan dan pendekar.

Majlis yang mempamerkan tradisi dan budaya yang patut anda tonton dan anda rasai sendiri. Editor orangperak.com pun hampir menitis air mata terharu kerana ada juga anak muda yang sayangkan melayu sebegini rupa.

- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here