29.7 C
Ipoh
Saturday, 18 January 2025

Kartunis Lengkuas Dari Bota Kiri

- Advertisement -
- Advertisement -

Zainuddin Bin Saleh adalah seorang kartunis yang amat terkenal dan popular dengan karya Mat Despatch serta Yob Peon. Ramai diantara kita pada hari ini membesar dengan majalah Ujang yang popular disekitar tahun 90 an.

Pada waktu itu, majalah Ujang adalah antara hiburan yang ada untuk bergelak ketawa dengan membawa komik-komik lukisan daripada kartunis tanah air yang hebat-hebat belaka.

Kartunis kepada karya Mat Despatch dan Yob Peon yang amat popular dalam majalah Ujang pada satu ketika dahulu ini dilahirkan pada 26 September 1964 dan dikatakan berasal dari Kampung Aji yang terletak di Bota Kiri.

Kartunis Lengkuas Dari Bota Kiri

Zainuddin Bin Saleh mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Abdul Rahman Yaakop (SMKDARY) yang ada di pekan Bota Kanan.

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Abdul Rahman Yaakop (SMKDARY)

Permulaan karier Zainuddin Bin Saleh menjadi seorang kartunis bermula apabila Zainuddin Bin Saleh sendiri yang menyahut cabaran dan syarat daripada Ibrahim Ujang Anon dalam temuduga dan penceritaan ini ada dimuat naik ke dalam status facebook Ibrahim Ujang Anon sendiri. “Kalau nak lukis kartun kena berenti kerja, lukis kartun betul-betul.”

kartunis lengkuas

Syarat yang ditetapkan oleh Ibrahim Ujang Anon terhadap Zainuddin Bin Saleh dibuat apabila Zainuddin Bin Saleh sendiri yang datang bertemu dengan Ibrahim Ujang Anon di pejabat Plaza Pengkalan Jalan Ipoh.

Menurut Ibrahim Ujang Anon lagi, selang beberapa hari Zainuddin Bin Saleh datang lagi dan berjumpa dengan dirinya sambil tersenyum dan menyatakan bahawa sudah berhenti kerja. “Saya dah berenti kerja boss..”, Zainuddin Bin Saleh.

Ibrahim Ujang Anon

Ibrahim Ujang Anon

Zainuddin kemudian ditugaskan untuk melukis satu topik yang hampir sama dengan dirinya sendiri iaitu sebagai Mat Despatch. Ibrahim Ujang Anon juga memberi nama Lengkuas kepada Zainuddin Bin Saleh sebagai nama pena dan nama panggilan sebagai seorang kartunis. Lama-kelamaan, Lengkuas telah menjadi antara kartunis utama buat majalah Ujang yang sangat popular pada sekitar tahun 90 an.

Kartunis Lengkuas Dari Bota Kiri

Setelah lebih 30 tahun berkarya, Lengkuas telah meninggal dunia pada hari Jumaat bertarikh 11 Ogos 2017. Allahyarham Zainuddin atau lebih dikenali dengan nama Lengkuas dipercayai meninggal dunia akibat daripada komplikasi buah pinggang dan darah tinggi. Arwah meninggal dunia tepat jam 10.30 pagi selepas dua hari dimasukkan ke dalam wad pesakit di Hospital Selayang.

Kartunis Lengkuas Dari Bota Kiri

kredit comicoreclub

Lengkuas telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Raudhatul Sakinah, Batu Muda Kuala Lumpur selepas Asar. Allahyarham Zainuddin meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak berusia 10 tahun dan sepasang kembar berusia 15 tahun.

Pemergian Lengkuas disifatkan sebagai satu kehilangan yang sangat besar dalam industri kartunis. Al-Fatihah untuk kartunis hebat dari Bota ini iaitu Zainuddin Bin Saleh atau Lengkuas.

- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

1 COMMENT

  1. Arwah pak sedara saya ni kami panggil Yang, sebab anak ke-3. Mak saya Sarina Saleh anak ke-4. Pemergian arwah dianggap paling terkesan dalam family mak saya sebab arwah yang pertama antara 10 beradik yang follow arwah atok & opah dulu. Kami anak-anak sedara kalau kat kawasan kampung orang duk tanya “Kamu anak sape?” senang je juai je modai “Anak buah Lengkueh, cucu cikgu Saleh!” 😆

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here