Sinonim dengan sejarah negara kita sebelum negara kita negara Malaysia dapat kemerdekaan, Teluk Intan yang kita dapat lihat hari ini punyai 1,001 cerita yang semakin hari semakin hilang ditelan zaman.
Mungkin anak-anak generasi kita hari ini tidak tahu bahawa Teluk Intan dahulunya adalah merupakan bandar pelabuhan utama buat Negeri Perak. Teluk Intan yang dahulunya dikenali dengan nama Teluk Mak Intan dan Teluk Anson punyai sejarahnya yang tersendiri.
Untuk mengenang sejarah awal penerokaan Teluk Intan, kisahnya adalah berkenaan dengan seorang janda cantik dari kaum Mandahiling yang bernama Mak Intan. Terdapat beberapa versi kisah bagaimana Teluk Intan dinamakan dan anda boleh baca dan rujuk artikel bertajuk 3 Nama Lain Untuk Teluk Intan untuk ketahui lebih lanjut tentang asal usul nama Teluk Intan dan sejarah ringkas mengenai Teluk Intan.
Berbalik kepada kenyataan tentang Teluk Intan yang dahulunya adalah merupakan sebuah bandar pelabuhan utama buat Negeri Perak. Pada 24 April 2018, seorang pengkaji sejarah dari Teluk Intan yang bernama Iskandar Zulqarnain telah memuatnaik status berkenaan info dimana terletaknya tapak Pelabuhan Teluk Anson yang suatu ketika dahulu sangat sibuk dengan aktiviti perdagangan bagi negeri Perak.
Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Pelabuhan (Wharf) Teluk Anson atau Teluk Intan ini juga pernah dikatakan sebagai antara pelabuhan paling penting di Semenanjung Tanah Melayu selepas pelabuhan Port Swettenham yang kini dikenali sebagai Pelabuhan Klang sejak dari tahun 1934 hingga tahun 1940.
Jangan anda tidak tahu pada waktu itu, stesen terakhir laluan keretapi Tapah Road ke Teluk Anson berakhir di Pelabuhan Teluk Anson. Sejarah landasan kereta api Tapah Road ke Teluk Intan bermula apabila Archibald Edward Harbord Anson yang merupakan Leftenan Gabenor Pulau Pinang membuat pelan untuk membina bandar terancang iaitu Pekan Teluk Anson pada tahun 1882. Anda boleh rujuk artikel Sejarah Landasan Kereta Api Teluk Intan Ke Tapah Road untuk maklumat lanjut berkenaan hal ini.
Pada penghujung tahun 1970, pelabuhan Teluk Anson akhirnya ditamatkan daripada beroperasi. Hal ini adalah disebabkan kerana hakisan tebing yang teruk di persisiran Sungai Perak berdekatan dengan pelabuhan Teluk Anson.
Laluan keretapi juga kemudian dihentikan penggunaannya pada 1991 kerana laluan tersebut tidak lagi dapat mengaut keuntungan dan terpaksa menanggung kerugian.
Hal ini disebabkan oleh kekurangan penumpang dan oleh yang demikian, syarikat minyak Shell telah memindahkan operasi pemindahan minyak diproses ke pelabuhan Lumut.
Perlabuhan Teluk Anson dikatakan sangat sibuk dengan lambakan kapal-kapal wap pada kurun ke 19. Mereka giat mengambil dan menurunkan barangan dan penumpang ke daratan dan itulah sumber ekonomi utama yang mengumbang pada pembangunan Teluk Anson pada waktu itu. Selain pihak British, kapal Belanda, Jerman, China dan banyak lagi yang seting gunakan laluan air di persisiran Teluk Anson. Itulah faktor utama yang mana pada waktu itu pengangkutan darat seperti keretapi boleh beroperasi di Teluk Anson.
Termaktub dalam sejarah pada hari Ahad bertarikh 1 Ogos 1896, sebuah kapal api bernama The S.S. Malacca telah memasuki Pelabuhan Teluk Anson yang dihubungkan dengan landasan kereta api Perak dari Teluk Anson ke Tapah Road sebagai simbolik perasmiannya. Ternyata pelabuhan ini sebenarnya digunakan untuk membawa hasil bumi dari Kinta untuk didagangkan ke seluruh dunia.
Pelabuhan pertama Teluk Anson terletak berhampiran dengan kompleks kerajaan iaitu disekitar Mahkamah Lama dan Balai Polis lama Teluk Intan sebelum dipindahkan ke tapak berhampiran Batak Rabit yang lebih besar dan mempunyai tebing yang lebih tahan dari hakisan Sungai Perak.
Dalam rekod wharf dan landasan keretapi Teluk Anson, kawasan disana sebenarnya yelah mengalami hakisan di persisiran tebing sungai Perak sejak dari tahun 1900 lagi.
Akibat dari hakisan tersebut, pada tahun 1901 landasan keretapi di Denison Road telah runtuh. Pada tahun 1902 pula, wharf di Teluk Anson dicadangkan untuk dipindahkan oleh konsultan JE Spring dan pada tahun 1909 wharf akhirnya dipindahkan ke lokasi yang baru.