28.9 C
Ipoh
Saturday, 5 October 2024

Tinggalan Antik Di Bukit Arang Para, Kuala Kangsar

- Advertisement -
- Advertisement -

Siapa sangka ada tinggalan barangan antik yang mungkin begitu berharga di Bukit Arang Para, Kuala Kangsar. Rata-rata penduduk setempat di kampung bederkatan iaitu Kampung Ketior Luar juga tidak tahu menahu akan kewujudan tinggalan barangan antik yang ditinggalkan disana sejak beratus-ratus tahun sehingga ke hari ini. Teruskan membaca untuk dapatkan maklumat berkenaan dengan tinggalan barang antik ini.

Victorian parlor stove circa asli di dalam hutan Kuala Kangsar

Victorian parlor stove circa asli yang ada dalam hutan Kuala Kangsar

Beberapa tahun yang lalu, sahabat seperjuangan kami orangperak.com bernama Lordman Kerol bersama-sama rakan sependakiannya mendaki Bukit Arang Para yang terletak di Kuala Kangsar. Sedikit pengenalan sahabat kami ini, mereka adalah kumpulan yang mencari khazanah lama yang ditinggalkan terbiar di dalam hutan yang ada bukan sahaja di Perak, malah serata negeri yang ada di Malaysia.

botol arak lama yang antik

botol arak lama yang antik

Apa yang dicari mereka di Bukit Arang Para adalah khazanah lama yang dikatakan berkaitan dengan Kolonial British yang tidak diketahui oleh ramai orang dan penduduk kampung di kawasan tersebut sendiri pun tidak tahu akan kewujudan sebarang peninggalan yang ada di kawasan Bukit Arang Para. Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, tinggalan yang ada di kawasan tersebut adalah:

  • tapak asas untuk struktur sebuah bangunan
  • sebuah tangki air
  • beberapa botol arak antik
  • sebuah Victorian parlor stove circa dalam lingkungan tahun 1890 hingga tahun 1900 yang antik

cebisan saluran paip air

cebisan saluran paip air

Apa yang menariknya disini adalah berkenaan dengan barang antik Victorian parlor stove circa tersebut. Diketahui bahawa relau tersebut berfungsi untuk membakar kayu untuk dijadikan arang dan berfungsi sebagai relau. Selain dari menjadi sumber cahaya pada waktu malam, ianya juga adalah satu-satunya pemanas untuk mereka yang berada di atas bukit sana dari keheningan malam yang dingin.

Victorian parlor stove circa asli di Kuala Kangsar

Victorian parlor stove circa asli yang ada dalam hutan Kuala Kangsar

Tertulis Emperor N°2 (nombor 2) pada badan relau tersebut yang mana ianya mungkin adalah nombor model dalam sesuatu keluaran yang dikeluarkan oleh syarikat pembuatnya. Tidak dapat dikenalpasti tentang syarikat manakah yang menghasikal relau antik ini kerana tidak tercatat pada mana-mana badan tinggalan sejarah yang berharga ini untuk dijadikan sebagai rujukan.

tangki air lama

tangki air lama

Berdasarkan ciri rekaan dan ukiran pada badan relau yang unik ini, dipercayai bahawa victorian parlor stove circa ini dihasilkan antara tahun 1890 hingga tahun 1900 oleh syarikat yang berada di negara France atau Britain. Saiznya yang agak besar iaitu dengan mempunyai lebar 65 cm, kedalaman 55 cm dan mempunyai tinggi 92 cm serta beratnya yang amat berat, agak mustahil untuk sesiapa yang datang untuk membawanya turun kembali dengan kederat manusia yang hanya bertujuan untuk mengembara di kawasan sana.

Sedikit maklumat tambahan untuk anda pembaca setia orangperak.com yang ingin tahu serba sedikit apakah itu Victoria. Untuk makluman anda, era Victoria adalah zaman pemerintahan Permaisuri Victoria sejak dari 20 Jun 1837 sehingga kematiannya pada 22 Januari 1901 yang ada di dalam sejarah United Kingdom.

Replika Victorian parlor stove circa

replika Victorian parlor stove circa

Untuk makluman pembaca setia orangperak.com, lelongan terakhir yang diketahui untuk replika Victorian parlor stove circa ini pernah dilelong dengan harga $460AUD bersamaan dalam sekitar RM1,500 di Australia pada 20 September 2015. Cuba bayangkan berapakah harga untuk Victorian parlor stove circa yang asli dan dalam keadaan yang baik jika dibanding dengan replika tersebut. Apa yang menariknya tinggalan sejarah asli yang berharga tinggi buat pengumpul barangan antik ini wujud di Bukit Arang Para dan ditinggalkan dengan begitu sahaja diamah peredaran zaman.

lelongan Victorian parlor stove circa

replika Victorian parlor stove circa dilelong

Lordman Kerol sendiri pernah menelefon pihak muzim untuk bertanyakan tentang pelbagai soalan berkenaan dengan peninggalan yang dijumpai mereka di atas Bukit Arang Para namun tiada jawapan yang diberikan oleh pihak pewajb kerana mungkin tiada rekod berkenaan yang direkodkan. Mereka juga berusaha berhubung dengan Jabatan Warisan Negara untuk bertanyakan tentang hal ini, namun apa yang menyedihkan jawapan yang diberikan adalah “akan diberitahu kelak” yang mana setelah bertahun lamanya menunggu masih tiada maklumat.

Tapak asas yang mungkin untuk membangunkan banglo

tapak asas yang mungkin untuk membangunkan banglo

Menjadi persoalan, dengan pihak manakah sepatutnya yang perlu dirujuk untuk memaklumkan hal peninggalan berharga yang ada di muka bumi Perak ini? Pengkaji persendirian seperti mereka ini seharusnya diberi pujian dan sokongan seterusnya jangan dibiarkan mereka bergerak dengan sendirian sahaja. Berikan galakan untuk mereka teruskan membuat kajian untuk mencari khazanah yang masih ada di dalam hutan-hutan di Malaysia.

lordman kerol

kredit gambar dan olahan penceritaan dari Lordman Kerol

Tahniah dan teruskan mengkaji sahabat sekalian!

- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here