● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:53
Syuruk
06:59
Zohor
13:04
Asar
16:21
Maghrib
19:03
Isyak
20:13
Sejarah

Keturunan Megat Dalam Negeri Perak

31 Jan 2017 · 1 min baca · 931 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Megat Terawis merupakan Bendahara Perak dan bergelar Orang Kaya Bendahara Paduka Raja. Beliau merupakan anak kepada Daulat Yang Dipertuan Pagar Ruyung dan keturunannya merupakan pemegang jawatan Bendahara di Perak.

Salah seorang dari keturunannya, Megat Menjanas yang merupakan orang kaya Bendahara Paduka Seri Maharaja telah berkahwin dengan anak Sultan Muzaffar Shah II, sultan Perak iaitu Raja Shah Alam Sayong. Megat Terawis telah datang ke Perak bersama-sama dengan Sultan Muzaffar Syah I dari Kampar dan mendirikan kerajaan di sana. Selang beberapa lama, berlaku perselisihan antara baginda dengan Tun Saban yang membawa kepada perperangan.

persatuan keturunan megat terawis

Sultan Muzaffar Syah I menawarkan jawatan Bendahara kepada sesiapa yang berjaya mencabut nyawa Tun Saban dan cabaran itu telah disahut oleh Megat Terawis. Megat Terawis kemudiannya dilantik menggantikan Tun Mahammad menjadi Bendahara Perak dengan gelaran Bendahara Paduka Raja. Sejak hari itu orang berketurunan Megat akan menjawat jawatan Bendahara di Perak. Pada waktu pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain Sultan Perak yang ke 15 pada tahun 1756 hingga 1770, Bendahara Megat Abu Kasim telah meletak jawatan Bendahara dan menyerahkan jawatannya kepada sultan kerana tidak berpuas hati dengan tindakan sultan mendirikan Istana di Pulau Indera Sakti yang dibawah kelolaan Bendahara. Sejak dari itu, jawatan Bendahara Perak dipegang oleh mereka dari darah diraja.

keturunan megat terawis

Keturunan Megat Terawis mula berhijrah dari Perak Tengah khususnya dari Kampung Gajah ke Kuala Kangsar kerana istana Sultan Perak telah dipindahkan ke sana. Makam Megat Terawis kini terletak di Kampung Gajah, Perak yang terletak di tebing kanan Sungai Perak. Papan tanda dan binaan makam telah dibuat oleh Jabatan Muzium Perak. Makam ini berhampiran dengan jambatan Kampung Gajah. Ada nama kawan anda yang pangkalnya Megat? Mungkin dia adalah salah seorang dari keturunan Megat Terawis!

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (1)

Megat amzar
01 Dec 2018 16:34
Nama ku megat amzar ayah ku juga megat , Datuk ku juga megat begitu juga moyang2 ku bernama megat . Tetapi kami seperti tidak dapat apa apa daripada ini . Hope fully raja perak dapat memberikan sesuatu dan call number ni 01137971873

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.