Satu peristiwa hitam yang tidak mungkin akan dapat dilupakan oleh waris-waris polis yang berkhidmat di Kelian Intan, Hulu Perak apabila pengganas komunis membuat serangan hendap terhadap pihak polis pada 10 September 1947 tepat jam 7.30 pagi.
Pengganas komunis telah membuat serangan hendap dengan menyerang sebuah lori dan dua buah bas yang membawa anggota polis. Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, akibat daripada serangan itu tiga anggota polis dan enam orang awam terlah terkorban.
Ramai diantara mereka yang cedera manakala dua orang polis bersama 12 orang awam yang lain cedera parah. Dalam serangan hendap pengganas komunis pada waktu itu telah melepaskan tembakan bertubi-tubi selama 10 minit tanpa henti seterusnya mereka telah merampas harta benda penumpang dan mengacukan senapang kepada mereka.
*gambar hiasan
Pada hari ini, masih ada lagi segelintir daripada masyarakat kita yang masih memenangkan perjuangan pengganas komunis atas fahaman kebanyakan daripadanya adalah waris-waris pejuang pengganas komunis yang lalu. Akan tetapi mereka harus ingat, ramai waris mangsa kekejaman perosak keamanan ini menyimpan dendam kerana keluarga dibunuh dengan kejam oleh pengganas komunis.
Pengganas komunis mula mengucar kacirkan keadaan negara selepas Jepun menyerah kalah kepada tentera Pihak Berikat pada perang dunia ke 2. Setelah Jepun menyerah kalah dan sewaktu menunggu ketibaan tentera British yang mengundurkan diri dari Tanah Melayu sewaktu penjajahan Jepun, komunis telah mengambil kesempatan menguasai Tanah Melayu dan menubuhkan Bintang Tiga.
*gambar hiasan
Atas kesempatan masa itulah pengganas komunis ini mengambil kesempatan melakukan keganasan dan kezaliman terhadap orang awam dan ianya tidak dapat dinafikan lagi. Bermula daripada pemerintahan sementara Bintang Tiga, Komunis membuat rancangan untuk terus menguasai Tanah Melayu dengan kekerasan.
Berbalik pada kisah serangan hendap oleh pengganas komunis terhadap pasukan polis di Kelian Intan tadi. Seramai lebih kurang 50 orang pengganas komunis telah melakukan serangan hendap tembakan rambang bertali arus selama 10 minit dan komunis berjaya merampas bekalan senjata polis dan harta benda penumpang.
Faktor serangan tersebut berjaya dijalankan oleh pengganas komunis adalah kerana Kelian Intan adalah lokasi yang terpencil di dalam daerah Gerik. Oleh kerana lokasinya yang agak pedalaman serta dikelilingi hutan belantara, ia dapat memudahkan komunis lakukan serangan hendap tanpa diduga.
Berniat untuk mentadbir negara tanah Melayu secara kekerasan dan kekejaman yang digunakan komunis tidak berjaya menarik rakyat untuk menyertai perjuangan mereka. Tidak dinafikan kekejaman pejuang komunis bukan terbatas kepada satu-satu kaum sahaja, dan wajar ada segelintir yang menganggap sesetengah komunis juga berhak untuk diangkat sebagai pejuang kemerdekaan.
Pengorbanan mereka yang bertarung nyawa dan tergadai nyawa untuk mempertahankan tanah air daripada diamah pengganas komunis harus kita kenang sampai bila-bila. Jangan sesekali kita lupa kerana nenek moyang kita dahululah yang bergolok gadai untuk membina sebuah negara merdeka yang berdaulat.