Pusing Dan Tronoh Dahulu Ada Landasan Keretapi

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Negeri Perak adalah merupakan antara negeri terawal yang menerima pengaruh pihak British dalam sistem pentadbiran negeri. Ditambah pula negeri Perak memiliki hasil bumi yang banyak menjadikan negeri ini antara negeri terkaya dan penting bagi British disemenanjung Tanah Melayu.

    Seperti kita semua sedia maklum, negeri Perak juga kaya dengan sumber bumi iaitu bijih timah. Aktiviti perlombongan bijih timah berjalan dikebanyakan kawasan sekitar negeri Perak.

    Rata-rata banyak pekan-pekan kecil seperti pekan Beruas, pekan Pusing, pekan Tronoh dan pekan Siputeh yang dahulunya adalah sebuah pekan yang maju tetapi hari ini agak jauh ketinggalan daripada pekan maju yang lain.

    Berikutan hal ini adalah kerana sumber bumi bijih timah yang terhenti. Berbalik kepada topik asal yang ingin diketengahkan dan berkait rapat dengan aktiviti perlombongan dikawasan yang diceritakan tadi, tahukah anda bahawa pada awal 1900 an, pekan Tronoh pernah menjadi pusat perlombongan bijih timah utama?

    Buktinya terdapat beberapa jaringan landasan keretapi dibina untuk kegunaan membawa bijih timah yang telah dilombong ke bandar Ipoh. Hari ini, ramai yang tidak tahu dengan kewujudan jaringan landasan keretapi Tronoh dan stesen keretapi pekan Pusing yang pernah gah satu ketika dahulu.

    Pusing Dan Tronoh Dahulu Ada Landasan Keretapi

    Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com jaringan landasan keretapi tersebut telah siap dibina pada 15 Oktober 1908. Akan tetapi selepas itu telah berlaku titik hitam dalam sejarah negara kita yang pada pada waktu itu berlaku perang dunia ke 2 yang mana menjadi penyumbang kepada faktor merudumnya pekan Tronoh dalam sektor yang diceburi.

    Pusing Dan Tronoh Dahulu Ada Landasan Keretapi

    Hari ini kita tidak dapat lihat lagi landasan dan stesen tersebut kerana salah satu sebabnya adalah disebabkan serangan tentera Jepun yang telah memusnahkan sewaktu negara kita dijajah Jepun.

    Sebahagian daripadanya sudah dibongkah dan sejak dari itu, sedikit demi sedikit kepentingan pekan Tronoh dan pekan Siputeh semakin merosot seiring dengan merosotnya industri perlombongan bijih timah.

    Pusing Dan Tronoh Dahulu Ada Landasan Keretapi

    Stesen keretapi Pusing

    Jaringan kereta api di Malaysia selepas Tanah Melayu meraih kemerdekaan sebenarnya tidak banyak yang berubah. Malah terdapat laluan-laluan yang tidak dianggap penting dihentikan perkhidmatannya dan ditanggalkan sehingga ke hari ini. Laluan Falim ke Tronoh sepanjang 24.1 KM di Perak adalah salah satu daripadanya.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.