OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
05:22:00
Syuruk
06:30:00
Zohor
12:35:00
Asar
15:38:00
Maghrib
18:38:00
Isyak
19:47:00
Sejarah

Pusing Dan Tronoh Dahulu Ada Landasan Keretapi

02 Feb 2019 · 2 min baca · 24 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar
Hari ini, ramai yang tidak tahu dengan kewujudan jaringan landasan keretapi Tronoh dan stesen keretapi pekan Pusing yang pernah gah satu ketika dahulu.

Negeri Perak adalah merupakan antara negeri terawal yang menerima pengaruh pihak British dalam sistem pentadbiran negeri. Ditambah pula negeri Perak memiliki hasil bumi yang banyak menjadikan negeri ini antara negeri terkaya dan penting bagi British disemenanjung Tanah Melayu.

Seperti kita semua sedia maklum, negeri Perak juga kaya dengan sumber bumi iaitu bijih timah. Aktiviti perlombongan bijih timah berjalan dikebanyakan kawasan sekitar negeri Perak. Rata-rata banyak pekan-pekan kecil seperti pekan Beruas, pekan Pusing, pekan Tronoh dan pekan Siputeh yang dahulunya adalah sebuah pekan yang maju tetapi hari ini agak jauh ketinggalan daripada pekan maju yang lain. Berikutan hal ini adalah kerana sumber bumi bijih timah yang terhenti. Berbalik kepada topik asal yang ingin diketengahkan dan berkait rapat dengan aktiviti perlombongan dikawasan yang diceritakan tadi, tahukah anda bahawa pada awal 1900 an, pekan Tronoh pernah menjadi pusat perlombongan bijih timah utama? Buktinya terdapat beberapa jaringan landasan keretapi dibina untuk kegunaan membawa bijih timah yang telah dilombong ke bandar Ipoh. Hari ini, ramai yang tidak tahu dengan kewujudan jaringan landasan keretapi Tronoh dan stesen keretapi pekan Pusing yang pernah gah satu ketika dahulu.

Pusing Dan Tronoh Dahulu Ada Landasan Keretapi

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com jaringan landasan keretapi tersebut telah siap dibina pada 15 Oktober 1908. Akan tetapi selepas itu telah berlaku titik hitam dalam sejarah negara kita yang pada pada waktu itu berlaku perang dunia ke 2 yang mana menjadi penyumbang kepada faktor merudumnya pekan Tronoh dalam sektor yang diceburi.

Pusing Dan Tronoh Dahulu Ada Landasan Keretapi

Hari ini kita tidak dapat lihat lagi landasan dan stesen tersebut kerana salah satu sebabnya adalah disebabkan serangan tentera Jepun yang telah memusnahkan sewaktu negara kita dijajah Jepun. Sebahagian daripadanya sudah dibongkah dan sejak dari itu, sedikit demi sedikit kepentingan pekan Tronoh dan pekan Siputeh semakin merosot seiring dengan merosotnya industri perlombongan bijih timah.

Pusing Dan Tronoh Dahulu Ada Landasan Keretapi

Stesen keretapi Pusing

Jaringan kereta api di Malaysia selepas Tanah Melayu meraih kemerdekaan sebenarnya tidak banyak yang berubah. Malah terdapat laluan-laluan yang tidak dianggap penting dihentikan perkhidmatannya dan ditanggalkan sehingga ke hari ini. Laluan Falim ke Tronoh sepanjang 24.1 KM di Perak adalah salah satu daripadanya.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.