Perjanjian Kemerdekaan Melayu Raya Di Taiping Dalam Tahun 1945

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Pengisytiharan Perjanjian Taiping adalah merupakan satu perjanjian penting yang telah diisytiharkan di Taiping, Perak. Ia adalah merupakan satu perjanjian penting yang mana Indonesia dan Tanah Melayu bersama-sama untuk mencapai kemerdekaan.

    Perjanjian tersebut berjalan diantara Dr. Burhanuddin Al Helmy dan Ibrahim Yaakub selaku pemimpin Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) dengan pemimpin-pemimpin Kebangsaan Indonesia iaitu Sukarno dan Mohd Hatta.

    Untuk pengetahuan anda, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) adalah merupakan sebuah parti politik Melayu yang pertama di tanah air kita ini dan matlamat serta cita-cita mereka adalah untuk memperjuangkan kemerdekaan membentuk negara republik di atas dasar perpaduan aliran nasionalis, agama dan sosialis.

    Dr. Burhanuddin Al Helmy bersama-sama dengan ramai lagi pemimpin-pemimpin politik Melayu dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) juga tidak terkecuali dalam memperjuangkan cita-cita untuk memerdekakan Tanah Melayu ini daripada cengkaman penjajah.

    Perjanjian Kemerdekaan Melayu Raya Di Taiping Dalam Tahun 1945

    Sang Saka Malaya, bendera Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang memperjuangkan penubuhan republik melalui penyatuan dengan Republik Indonesia.

    Ramai pemimpin melayu pada waktu itu inginkan kemerdekaan Tanah Melayu dan rata-rata terdapat banyak berusaha yang tidak putus untuk mencapai kemerdekaan. Oleh yang demikian, perjanjian Taiping yang diceritakan ini juga adalah merupakan satu usaha dalam untuk mencapai kata sepakat dalam lingkungan Melayu Raya yang meliputi Indonesia dan Tanah Melayu.

    Sejak pendudukan pihak Jepun bermula, secara tindak tanduk kekejaman tentera Jepun sebenarnya telah menyatukan pihak pentadbiran Tanah Melayu dan Indonesia. Inilah kekuatan rumpun melayu bangkit buat kali pertama di alam nusantara pada zaman era moden.

    Pada tarikh 12 Ogos 1945, pemimpin Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) telah bertemu dengan Sukarno dan Mohd Hatta di Lapangan Terbang Taiping, Perak yang mana pada waktu itu merekta dalam perjalanan pulang dari Markas Tentera Jepun Asia Tenggara di Saigon.

    Perjanjian Kemerdekaan Melayu Raya Di Taiping Dalam Tahun 1945

    Sehubungan dengan perjumpaan tersebut, satu persetujuan dan kesepakatan telah dicapai. Ianya adalah berkenaan dengan kewibaan Tanah Melayu yang akan bersama-sama dengan Indonesia untuk mengisytiharkan kemerdekaan pada tarikh 17 Ogos 1945.

    Malang sekali, usaha ini gagal apabila pemerintah tentera Jepun di Tokyo pula mengisytiharkan bahawa mereka menyerah kalah pada 17 Ogos 1945 secara tidak langsung, perjanjian yang dibuat di Taiping gagal membentuk Melayu Raya demi mencapai kemerdekaan bersama.

    Perjanjian Kemerdekaan Melayu Raya Di Taiping Dalam Tahun 1945

    Namun walaupun usaha untuk membentuk Melayu Raya itu gagal, pihak pemimpin di Indonesia tetap teruskan pengishtiharan kemerdekaannya pada tarikh yang telah dijanjikan pada perjumpaan di Lapangan Terbang Taiping, Perak manakala Tanah Melayu pula mengisytiharkan kemerdekaannya pada tarikh 31 Ogos 1957.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.