Dipercayai Puan Som Binti Budin yang kini tinggal di Kampung Repoh, Batu Kurau adalah orang paling tua yang ada di dalam negeri Perak. Puan Som Binti Budin dilahirkan pada 24 Oktober 1900 di Pantai Besar, Batu Kurau. Dari kiraan tahun tarikh kelahiran beliau, ia menunjukkan bahawa umur Puan Som Binti Budin kini sudah mencecah 117 tahun dan beliau masih lagi sihat dan kuat sehingga ke hari ini.
Untuk makluman anda semua pembaca setia orangperak.com, Puan Som Binti Budin mula menetap di Kampung Repoh sejak muda iaitu selepas berkahwin dan masih menetap di kampung tersebut sehingga ke hari ini pada usia 117 tahun. Setelah kematian suaminya, Puan Som Binti Budin kini tinggal bersama-sama dengan anaknya yang ke lima bersama-sama dengan menantu yang juga terletak di dalam Kampung Repoh.
Puan Som Binti Budin bersama YB. Dato’ Dr. Muhammad Amin bin Zakaria
Warga emas paling tua di Perak ini masih boleh jalani rutin harian tanpa bantuan orang lain. Kekuatan dan kesihatan beliau amat dikagumi kerana ia tidak seperti sebaya antara umur dengan kederatnya. Puan Som Binti Budin sering mengamalkan membaca al-Quran setiap hari terutama selepas solat setiap waktu. Dulu, Puan Som Binti Budin lah yang mengajar anak-anak di Kampung Repoh ini mengaji al-Quran.
Sekarang, taraf penglihatan (mata kurang nampak) dan pendengaran (telinga kurang dengar) Puan Som Binti Budin agak kurang baik. Sejak dari itu, Puan Som Binti Budin berhenti mengajar anak-anak kampung mengaji al-Quran. Anaknya yang bernama Idris Lazim yang lahir pada tahun 1951 bersyukur kerana Allah panjangkan usia ibunya dan berharap agar ibunya yang tercinta itu terus sihat. Menurut anaknya Idris Lazim, ibunya amat mementingkan soal pemakanan.
Selain mengamalkan bacaan al-Quran pada setiap hari terutama selepas solat setiap waktu, Puan Som Binti Budin sangat mengambil berat tentang soal pemakanan. Pengambilan ulam-ulaman kampung yang berkhasiat adalah menjadi kegemaran hidangannya. Mungkin oleh kerana amalan-amalannya itu menjadi salah satu faktor akan kesihatannya masih lagi baik sehingga ke hari ini. Dikatakan sewaktu usia Puan Som Binti Budin ketika muda, beliau telah mengusahakan sawah padi di Batu Kurau. Kebiasaannya begitulah, orang-orang dulu memang kuat kerja tak kira lelaki atau perempuan.
kemaskini terbaru : didapati bahawa Puan Som Binti Budin telah meninggal dunia dalam September / Oktover 2017