● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:56
Syuruk
07:01
Zohor
13:08
Asar
16:19
Maghrib
19:10
Isyak
20:19
Sejarah

3 Nama Lain Untuk Teluk Intan

06 Jan 2017 · 2 min baca · 182 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Nama Teluk Mak Intan diambil dari seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik iaitu Mak Intan, beliau merupakan seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau juga dikatakan adalah peneroka yang membuka Teluk Intan di sekitar awal abad ke 19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan. Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Jawa, Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para petani dan para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya. Berkuatkuasa 1 Januari 1982, bandar ini bertukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan.

edward harbord anson

Pada 14 November 1882, dalam mesyuarat Dewan Negeri Perak telah memutuskan untuk menukar nama Teluk Mak Intan kepada Teluk Anson. Residen Inggeris di Negeri Perak, Hugh Low telah mencadangkan kepada Dewan Negeri supaya nama teluk ini ditukarkan kepada Teluk Anson sebagai mengenangkan jasa General Archibald Anson iaitu merupakan seorang Pegawai Daerah Hilir Perak. Terdapat beberapa versi cerita bagaimana Teluk di Kuala Sungai Perak ini mendapat nama Teluk Mak Intan. Cerita pertama mengisahkan ada seorang janda kaya, ahli perniagaan dan bangsawan di kampung itu bernama Mak Intan. Oleh kerana kekayaan dan kebijaksanaannya dalam perniagaan maka kampung di teluk itu dipanggil Teluk Mak Intan. Cerita yang kedua pula mengisahkan satu peristiwa di mana seorang perempuan yang mandi di teluk itu telah kehilangan seketul intan yang menghiasi sanggulnya. Maka apabila pedagang-pedagang bertanyakan nama teluk itu penduduk disitu akan mengatakan ‘Teluk Intan Hilang’. Singkatnya dipanggil Teluk Mak Intan sahaja. Dalam beberapa catatan lain pula tempat ini diberi nama yang berbeza-beza.

peta teluk intan

Dalam minit mesyuarat Dewan Negeri Perak pada tahun 1882, ada catitan yang mencatitkan nama teluk ini adalah sebagai Teluk Ma’ Hitam. Residen Hugh Low pula memberi nama Melintang. Seorang penulis Melayu memanggil tempat ini sebagai Teluk Mak Intan. Pada tahun 1880, 6 tahun selepas campur tangan Inggeris di Negeri Perak, pusat pentadbiran Hilir Perak ialah di Durian Sebatang. Tetapi General Archibald Anson, Pegawai Daerah Hilir Perak mendapati Teluk Mak Intan lebih sesuai. Beliau telah memindahkan pusat pentadbirannya ke situ. Beliau telah menyusun semula kedudukan dan pelan di bandar Teluk Mak Intan. Tetapi dengan adanya kesedaran untuk mewujudkan keperibadian sendiri maka pada 1 Januari 1982, setelah satu abad berlalu, Kerajaan Negeri Perak telah menggantikan nama Teluk Anson dengan nama Teluk Intan. Jadi Teluk Intan mempunyai 3 nama lain sebelum ini, seperti yang diceritakan diatas, mereka adalah Teluk Mak Intan, Teluk Anson dan Teluk Ma' Hitam.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.