26.6 C
Ipoh
Thursday, 23 January 2025

Makam Laksamana Aceh Di Kampung Pulau, Lambor Kiri

- Advertisement -
- Advertisement -

Pada pagi 13 Jun 2020 yang lalu, team Orang Perak telah berkesempatan untuk melawat ke makam Laksamana Aceh yang terletak di Kampung Pulau, Lambor Kiri bersama-sama dengan sahabat dan kenalan dari Selangor.

Pencarian lokasi makam ini tidak akan kami temukan jika tidak dibantu tunjuk arah oleh seorang penduduk tempatan yang bernama saudara Hasri Said. Jutaan terima kasih kami ucapkan!

Cukup kagum dan terpegun apabila pertama kali melihat batu nisan Laksamana Aceh ini. Berkemungkinan, ia adalah antara batu nisan Aceh yang terbesar di negara kita, Malaysia dengan ketinggian 130cm dan 52cm x 52 cm untuk bahu persegi.

Perasaan ceria sewaktu berada di kawasan sekitar makam setelah sekian entah berapa lama pelawat tidak datang bersulam dengan sedih serta sayu kerana melihat keadaan makam yang tidak terurus dan terbiar seolah-olah ia langsung tiada nilai sejarah.

Makam Laksamana Aceh Di Kampung Pulau, Lambor Kiri

Sewaktu sampai di lokasi makam, keadaan semua batu nisan Aceh yang ditemui sedikit berlumut, senget, retak dan ada bahagian yang patah. Terdapat 3 pasang batu nisan yang mana hanya 1 sahaja batu nisan yang ditemui keadaan hampir sempurna.

Makam Laksamana Aceh Di Kampung Pulau, Lambor Kiri

Menurut rekod penulisan Othman Bin Mohd Yatim, asalnya terdapat 4 pasang batu nisan Aceh yang ada di lokasi makam Laksamana Aceh yang mana seperti diperjelaskan dalam gambar di atas.

  1. Laksama Aceh (batu nisan jenis H bersaiz besar)
  2. Anak Lelaki Laksamana Aceh (batu nisan jenis H bersaiz kecil)
  3. Isteri Laksama Aceh (batu nisan jenis C)
  4. Anak Perempuan Laksamana Aceh (batu nisan jenis C)

Makam Laksamana Aceh Di Kampung Pulau, Lambor Kiri

Jenis batu nisan Aceh yang digunakan adalah jenis C (2 pasang) dan jenis H (2 pasang). Ia jelas untuk kita buat anggaran terhadap kisah Laksamana Aceh ini berlangsung pada zaman mana.

Makam Laksamana Aceh Di Kampung Pulau, Lambor Kiri

Dalam tahun 1976, makam Laksama Aceh di Kampung Pulau, Lambor Kiri ini mendapat perhatian daripada pihak Muzium Negara. Lantas selepas setahun iaitu 1977, N.A. Halim telah datang ke lokasi untuk jalankan kajian.

Makam Laksamana Aceh Di Kampung Pulau, Lambor Kiri

Makam Laksamana Aceh dan keluarganya ini telah dipelihara oleh pihak Muzium Negara dengan meletakkan pagar dan mewartakan lokasi ini sebagai monumen kuno dan tempat bersejarah di bawah akta antik, 1976.

Makam Laksamana Aceh Di Kampung Pulau, Lambor Kiri

Menurut rekod hasil temu bual pada tahun 1981 oleh N.A. Halim dengan Malik Bin Dolek (tuan tanah), Laksama Aceh dipercayai adalah ketua angkatan perang Aceh yang terkorban sewaktu menyerang negeri Perak dalam abad ke 17.

Makam Laksamana Aceh Di Kampung Pulau, Lambor Kiri

Dalam rekod Othman Bin Mohd Yatim pula menyatakan bahawa N.A. Halim berpendapat bahawa Laksamana Aceh ini sebenarnya adalah seorang hulubalang pahlawan Aceh yang terkorban sewaktu berperang dengan angkatan perang Perak dalam tahun 1619 namun tiada sumber diberikan.

Makam Laksamana Aceh Di Kampung Pulau, Lambor Kiri

Dengan ketentuan Allah, secara kebetulan kami disapa oleh saudara Afieq Abdulah yang lebih mesra dengan nama Abang Mi. Beliau adalah merupakan anak kepada Puan Misiah Binti Haji Abdul Malek iaitu cucu kepada Malik Bin Dolek dan kini menetap di Ampang, Selangor.

Makam Laksamana Aceh Di Kampung Pulau, Lambor Kiri

Turut bersama kami sewaktu lawatan di lokasi, Shah Sunan AL-Bugis terus mencapai parangnya untuk menebas segala semak yang ada. Kemudian, bermulalah operasi mengemas dan memperbetulkan batu nisan Laksamana Aceh yang hampir rebah kerana terkena pohon durian yang tumbang.

Makam Laksamana Aceh Di Kampung Pulau, Lambor Kiri

Ramai yang bertanya tentang nama sebenar Laksamana Aceh ini. Malangnya, tidak diketahui nama sebenar laksamana ini dan zaman hidupnya adalah sewaktu zaman pemerintahan Sultan Mukaddam Shah (Sultan Perak ke 6) dan Sultan Iskandar Muda (Sultan Aceh ke 12).

Makam Laksamana Aceh Di Kampung Pulau, Lambor Kiri

Jadi, amat menarik untuk anda membaca artikel berkenaan Sultan Mukaddam Shah (Sultan Perak ke 6) dan Kisah Lagenda Puteri Limau Purut Di Perak yang berkemungkinan ada perkaitan ceritanya dengan punca serta kenapa Aceh menyerang Perak.

Makam Laksamana Aceh Di Kampung Pulau, Lambor Kiri

Keadaan asal makam ini yang semak telah dikemaskan dan batu nisan yang senget serta patah telah diperbetulkan buat sementara waktu. Insyaallah apabila ada kelapangan masa nanti, kami akan turun ke sana lagi untuk perbetulkan mana yang patut.

Makam Laksamana Aceh Di Kampung Pulau, Lambor Kiri
Makam Laksamana Aceh Di Kampung Pulau, Lambor Kiri

Terima kasih kepada sahabat serta kenalan yang turut hadir untuk menjayakan aktiviti kali ini. Tanpa komitmen kehadiran anda hari ini, berkemungkinan akan berkurangan 1 bukti penting dalam sejarah Perak.

Makam Laksamana Aceh Di Kampung Pulau, Lambor Kiri

Lokasi kawasan makam Laksama Aceh ini terletak di dalam Kampung Pulau, Lambor Kiri. Jika anda ingin ke sini, anda boleh gunakan koordinat gps 4.264945, 100.896375.

Terima kasih:

Rujukan:

  • Batu Aceh A Study of 15th-19th Century Islamic Gravestones In Peninsular Malaysia oleh Othman Bin Yatim
  • Tempat-Tempat Bersejarah di Perak oleh N.A. Halim (1981)
- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here