26.6 C
Ipoh
Thursday, 16 January 2025

Kisah Sewaktu Lagu Negeri Perak Pertama Kali Didendangkan

- Advertisement -
- Advertisement -

Pada Febuari 2017 yang lalu ada kami bincangkan tentang sejarah irama lagu negeri Perak. Berkenaan dengan hal tersebut, jika anda tertinggal artikel yang lalu dan ingin membacanya. Anda boleh rujuk semula artikel sejarah irama lagu negeri Perak yang juga berkaitan dengan irama lagu Negaraku.

Kami pasti anda pembaca setia orangperak.com sudah sedia maklum tentang lagu rasmi negeri Perak Darul Ridzuan. Lagu rasmi negeri Perak yang bertajuk Allah Lanjutkan Usia Sultan seringkali didendangkan dalam majlis-majlis rasmi dan perimpunan rasmi tidak kira dimana-mana sahaja dalam negeri Perak.

Setiap yang ada pada hari ini yang dijalankan secara berulang-ulang pasti ada permulaannya dan apa yang berlaku pada permulaan pasti ada sejarah dan kisahnya. Pernahkah anda terfikir akan bilakah lagu negeri Perak pertama kali didendangkan setelah dicipta dan apakah kisah menarik yang berlaku waktu tersebut? Teruskan membaca untuk ketahui kisahnya yang amat menarik!

sultan idris i

Almarhum Sultan Idris I (Sultan Perak ke 28)

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, lagu kebesaran negeri Perak telah diwujudkan dalam pemerintahan Almarhum Sultan Idris I (Sultan Perak ke 28) yang memerintah negeri Perak sejak tahun 1887 hingga tahun 1916. Anda boleh ikuti sejarah kewujudan lagu kebesaran negeri Perak dalam artikel ini.

Kisahnya bermula semasa baginda Almarhum Sultan Idris I (Sultan Perak ke 28) berangkat ke London untuk menghadiri kemahkotaan permaisuri Victoria pada tahun 1888. Maka apabila rombongan diraja negeri Perak selamat sampai di London, wakil permaisuri Victoria pun bertemu dengan pengiring baginda Almarhum Sultan Idris I untuk taklimat persediaan.

victoria

Pengiring baginda Almarhum Sultan Idris I (Sultan Perak ke 28) pada waktu itu adalah Almarhum Raja Mansor. Dalam perjumpaan Almarhum Raja Mansor dengan wakil permaisuri Victoria untuk taklimat awal sebagai persediaan, wakil permaisuri Victoria ada meminta nota lagu kebangsaan negeri Perak.

Tujuannya adalah untuk dendangan lagu kebesaran negeri Perak akan dimainkan sewaktu baginda Almarhum Sultan Idris I (Sultan Perak ke 28) berangkat masuk ke dalam majlis rasmi yang diadakan di istana permaisuri Victoria. Pada waktu itu, negeri Perak masih tidak ada sebarang nota lagu kebesaran.

nota lagu negeri perak

Untuk menjaga air muka Sultan dan atas kebijaksanaan Almarhum Raja Mansor, maka beliau nyatakan bahawa telah terlupa membawanya dan sekiranya wakil Permaisuri dapat menyediakan seorang pakar muzik yang boleh membuat nota lagu, Almarhum Raja Mansor boleh membunyikannya secara bersiul.

Dikatakan, pada hari kejadian di majlis penuh sejarah dalam istana permaisuri Victoria di London itulah lagu kebesaran negeri Perak dimainkan secara rasmi buat pertama kalinya sewaktu majlis kemahkotaan permaisuri Victoria di London pada tahun 1888.

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, lagu kebesaran negeri Perak ini pada asalnya adalah merupakan sebuah lagu yang telah dicipta oleh penggubah Perancis iaitu Pierre Jean de Beranger (1780-1857). Lagu ini telah diperkenalkan oleh sebuah kumpulan pancaragam Perancis yang mengadakan persembahan di Pulau Mahé yang terletak dalam Kepulauan Seychelles.

sultan abdullah

Almarhum Sultan Abdullah (Sultan Perak ke 26)

Pada waktu itu, Almarhum Sultan Abdullah (Sultan Perak ke 26) yang memerintah negeri Perak pada tahun 1874 hingga tahun 1877 telah ditangkap dan dikenakan tindakan undang-undang dengan dibuang negeri oleh kerajaan British pada 30 Mac 1877 kerana didakwa terlibat dengan pembunuhan residen British yang pertama iaitu JWW Birch di Pasir Salak.

Sebagai salah seorang penggiat dan peminat seni, baginda Almarhum Sultan Abdullah (Sultan Perak ke 26) terus mengasah bakat sebagai penggubah lagu ketika berada dalam buangan dan memperkenalkan lagu tersebut yang kemudiannya diperkenankan sebagai lagu kebesaran negeri Perak sekitar 1888 selepas peristiwa yang diceritakan tadi berlaku.

- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here