Sejarah Awal Bukit Gantang Yang Sangat Penting

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Satu ketika dahulu, Bukit Gantang amat dikenali dan pernah gah di mata serata tanah melayu kerana dijadikan sebagai sebuah pusat pentadbiran Jajahan Larut oleh Long Jaafar setelah dilantik sebagai Ketua daerah Larut melalui perlantikan oleh ayahandanya Syed Alang Alauddin ibni Sultan Mudzaffar Syah III yang merupakan Maharaja Benua Islam Siam Kedah pada tahun 1856. Untuk makluman anda, Syed Alang Alauddin juga digelarkan sebagai Panglima Bukit Gantang.

    long jaafar

    Long Jaafar dikatakan telah mendirikan sebuah kubu pertahanan di Pekan Bukit Gantang untuk menghalang dan menangkis serangan dari Thailand dan Kedah semasa zaman pertengahan dahulu kala. Kota ini juga telah menjadi saksi berdarah untuk peperangan antara Thailand dan Kedah terhadap Kerajaan Negeri Perak. Ia juga menjadi menyaksikan pertahanan utara negeri Perak jatuh kepada Thailand dan Kedah yang mengakibatkan angkatan perang Perak terpaksa berundur ke Kuala Kangsar sebelum tercetusnya perjanjian damai antara Thailand dan Perak.

    perang melayu

    Peperangan ini berlaku kerana disebabkan oleh keengganan Kerajaan Perak untuk menghantar ufti Bunga Emas kepada Siam. Ufti tersebut adalah untuk menunjukkan bahawa kerajaan Perak berada dibawah naungan Siam yang mana tidak pernah diiktiraf oleh kerajaan Perak sendiri. Sultan Kedah pada ketika itu telah diarahkan oleh Kerajaan Siam untuk menyerang Kerajaan Perak kerana pada ketika itu Kerajaan Kedah berada dibawah jajahan Siam.

    Kerajaan Siam Ayutthaya

    Dalam tahun 1767, Kerajaan Siam Ayutthaya telah ditawan oleh Sukhuthai dari Lannathai yang beragama Buddha dan selepas kejatuhan Kerajaan Islam Patani ke tangan Siam.

    Semasa dibawah era pemerintahan Long Jaafar, Bukit Gantang telah dibangunkan dengan pelbagai kemudahan awam seperti bangunan kedai, pejabat orang besar jajahan, stesen kereta api Bukit Gantang dan laluan jalanraya yang menghubungkan Bukit Gantang dengan Sungai Limau yang pada ketika itu dijadikan sebagai pelabuhan utama Jajahan Larut.

    peta bukit gantang

    Pada waktu itu, pendapatan utama bagi Jajahan Larut sepertimana yang anda tahu semestinya adalah perlombongan bijih timah yang diusahakan di Taiping yang kebanyakkannnya diusahakan oleh imigran Cina Manchu Islam dari kumpulan Hai San dan Ghee Hin yang beragama Buddha dari Pulau Pinang melalui perjanjian dan konsesi yang dianugerahkan kepada mereka oleh Long Jaafar. Stesen Keretapi yang pertama dibuat di Tanah Melayu adalah antara Taiping – Port Weld pada tahun 1885.

    kota ngah ibrahim

    Apabila Syed Alang Alauddin mangkat pada tahun 1862, Long Jaafar telah dilantik menjadi Maharaja Benua Islam Siam Nagara Kedah dan digelarkan sebagai Sultan Jaafar Mudazam Syah. Baginda kemudiannya melantik Ngah Ibrahim untuk menggantikan tempatnya sebagai Raja Larut. Ngah Ibrahim telah memindahkan Pusat Pentadbiran Jajahan Larut dari Bukit Gantang ke Matang kerana berpendapat bahawa Bukit Gantang terletak agak jauh dari Taiping.

    makam long jaafar

    Ketika Pusat Pentadbiran Jajahan Larut di Matang, Ngah Ibrahim telah menjadikan Pelabuhan Kuala Sepetang sebagai pelabuhan laut baru bagi menggantikan Pelabuhan Sungai Limau. Walaubagaimanapun, pergolakan dan campurtangan penjajah Inggeris telah bermula semasa era pemerintahan Ngah Ibrahim yang menyaksikan beliau telah dihukum buang negeri kerana terlibat dengan komplot pembunuhan Residen British yang Pertama di Perak iaitu Sir James Birch.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.