Kapten William Innes, Tentera Inggeris Pertama Yang Gugur Dalam Perang Perak

Ramai diantara kita yang tahu akan kisah serangan besar-besaran tentera British yang dibawa dari Hong Kong dan India keatas Pasir Salak sebagai usaha untuk membalas dendam akan nasib Residen British pertama Perak iaitu J.W.W. Birch.

Perang yang dikenali sebagai Perang Perak itu meninggalkan kesan yang besar keatas negeri Perak dan menyaksikan seramai hampir 500 orang Melayu terkorban dan berpuluh-puluh kampung dibakar.

Namun tidak ramai yang tahu bahawa serangan pertama yang dilakukan oleh Inggeris keatas kubu pejuang Melayu di Bandar Tua yang berhampiran dengan Pasir Salak telah gagal.

Pejuang Melayu yang dipimpin oleh Dato Maharaja Lela telah berjaya menangkis serangan tersebut. Akibatnya seorang pegawai tentera Inggeris, seorang sepoy dan penunjuk arah Melayu telah terkorban dalam serangan ini.

Dalam artikel ini Orang Perak akan menyentuh mengenai kisah hidup Kapten Innes, seorang pegawai tentera British dari Royal Engineers yang merupakan tentera Inggeris pertama yang terkorban dalam peristiwa Perang Perak.

Kapten William Innes telah dilahirkan pada tahun 1841 dan beliau merupakan anak sulong kepada Kolonel Thomas Innes yang merupakan pegawai pemerintah Royal Aberdeenshire Highlanders Milita di Learney, Aberdeenshire.

Kapten William Innes, Tentera Inggeris Pertama Yang Gugur Dalam Perang Perak

Pada 1853 sewaktu berumur 12 tahun, beliau telah ditempatkan di Sekolah Persenjataan di Carshalton. Beliau kemudian berjaya melanjutkan pelajaran di Akademi Tentera Diraja Britain setelah lulus ujian kemasukan.

Selepas tiga tahun belajar, beliau keluar dari Akademi Tentera dengan berjaya dinobatkan sebagai Kadet Pertama bagi tahun berkenaan dan terpilih untuk menyertai Royal Engineers dalam Tentera British.

Beliau kemudiannya memperoleh pangkat Leftenan pada 22 Jun 1958. Sejak dari awal lagi beliau telah menunjukkan prestasi yang memberansangkan sepanjang di Akademi Tentera British, ini telah menyebabkan beliau sentiasa terpilih dalam pelbagai aktiviti dan seterusnya membentuk watak beliau sewaktu berada dalam angkatan tentera.

Kapten William Innes, Tentera Inggeris Pertama Yang Gugur Dalam Perang Perak

Pada tahun 1859 beliau telah dipilih untuk membuat kerja-kerja untuk mengukuhkan benteng pertahanan di Dover terutamanya Kubu Burgoyne dibawah arahan Kolonel Du Cane.

Beliau berada disana sehingga Januari 1862, apabila amaran perang keatas Amerika Syarikat kedengaran selepas berlakunya peristiwa ‘Trent’ yang menyaksikan tentera Amerika Syarikat dihantar ke Kanada.

Kapten William Innes, Tentera Inggeris Pertama Yang Gugur Dalam Perang Perak

William Innes kemudian dihantar untuk berkhidmat di Halifax dan kemudiannya Portland. Apabila Sir William Gordon dilantik sebagai “Inspector General of Engineers”, beliau telah melantik Leftenan Innes sebagai pembantu peribadi beliau, melengkapkan impian beliau untuk mempunyai seorang pegawai yang berkebolehan terutama dalam keadaan genting dalam kor Royal Engineers.

Perkhidmatan beliau sebagai pembantu peribadi Sir William Gordon tamat setelah kematian Sir William. Beliau kemudian ditempatkan di Shoeburyness dan sepanjang berada disana, beliau mendapati ketiadaan kerja yang boleh mengembangkan mindanya dan tiada prospek yang lebih baik.

Disebabkan itu beliau kemudian menerima tawaran sebagai Penolong Jurutera Kolonial (Assistan Colonial Engineers) di Negeri-Negeri Selat.

Tawaran tersebut datang dari Gabenor Negeri-Negeri Selat, Sir William Jervois yang terdengar mengenai kebolehan beliau sewaktu bertugas dalam kerja-kerja memperkukuhkan benteng pertahanan di England, membuatkan Sir William Jervois beranggapan William Innes merupakan orang yang sesuai untuk bertugas di koloni meskipun disini lebih kepada tugas-tugas awam berbanding tugas tentera.

Selepas berita pengakhiran J.W.W. Birch sampai ke Pulau Pinang, Kapten Innes serta 60 orang askar dari 10th Foot Regiment telah dihantar ke Bandar Baharu untuk mempertahankan Residensi Inggeris disitu yang dikatakan telah dikepung oleh pejuang Melayu.

Kapten William Innes, Tentera Inggeris Pertama Yang Gugur Dalam Perang Perak

Pada hari Ahad, kontingen yang dipimpin oleh Kapten Innes telah bergerak ke arah Pasir Salak untuk menjejaki siapa yang bertanggung-jawab. Ketika sampai di Bandar Tua, mereka telah menemui satu kubu yang lengkap bersenjata, dan tentera Inggeris terus menyerang kubu tersebut dengan sengit.

Serangan tersebut berjaya dipatahkan oleh pejuang Melayu dan akibatnya Kapten William Innes terkorban peluru mengenai dada dan hati beliau. Leftenan Booth, Elliot dan 8 askar dari 10th Foot Regiment telah cedera.

Penunjuk arah bernama Nakhoda Orlong turut terkorban dalam pertempuran ini. Mayat Kapten William Innes telah dibawa ke Bandar Baharu dan mendiang kemudian dikebumikan disebelah kubu J.W.W. Birch dengan penuh istiadat tentera.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here