Penyu Ada Banyak Di Segari, Manjung

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Mungkin tidak ramai yang tahu tentang hal ini, dan disini kita ingin war-warkan kepada semua tentang Pusat Penetasan Penyu Segari. Pusat penetasan penyu ini terletak di pantai Pasir Panjang Segari, Perak. Pantai Pasir Panjang terletak kira-kira 2 km dari Pekan Segari dan 5 km dari Simpang Jalan Lumut ke Pantai Remis. Pantai Pasir Panjang merupakan pantai paling panjang di Daerah Manjung.

    Oleh kerana kehalusan pasir pantai, pohon yang merimbun dan kawasan yang bebas daripada gangguan telah menjadikan Pantai Pasir Panjang lokasi yang ideal untuk penyu datang bertelur. Dianggarkan 90% penyu yang merentasi ombak kuat untuk datang ke sini adalah spesis Penyu Agar dan Penyu Lipas.

    Penyu-penyu yang datang ke sini dan mendarat pada sekitar bulan Mac hingga Julai setiap tahun.

    penerangan penyu segari waktu melawat penyu segari

    Bagi memelihara khazanah laut ini, Kerajaan Negeri Perak telah mengambil langkah paling bernas dan wajar dengan membina Pusat Penetasan Penyu pada tahun 1990 yang lalu di atas keluasan tapak berukuran 0.1 ekar. Pada tahun 1992 pula, 10 ekar tanah telah dipohon sebagai tambahan tapak tersebut. Seterusnya, pada tahun 1994, 5.5 ekar tanah telah diluluskan di atas rezab Jabatan Perikanan oleh Kerajaan Negeri Perak.

    anak penyu segari

    Antara aktivti yang boleh dilaksanakan oleh para pengunjung yang datang ke Pusat Penetasan Penyu Segari ini adalah melihat pameran mengenai penyu dan kitaran hayat mereka. Selain dari itu, pelawat juga dapat melawat tapak penetasan penyu, melawat kolam penyu dan yang paling menarik sekali anda mungkin akan berpeluang untuk melihat acara perlepasan anak-anak penyu ke laut. Seronok tahu melihat anak-anak penyu!

    kolam penyu segari

    Salah satu objektif utama pembukaan Pusat Penetasan Penyu Segari adalah untuk jadikan sebagai salah satu kawasan tarikan para pelancong yang utama di Perak. Bagaimana pun objektif ini masih belum dicapai lagi kerana kita sendiri dapat lihat yang tidak ramai yang tahu akan kewujudan pusat penetasan penyu ini di Perak. Walau apa pun, ayuh kita sama-sama mempromosikan lokasi ini sebagai salah satu lokasi untuk tahun melawat Perak 2017!

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.