Kronologi Dan Sejarah Jata Negara Malaysia

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Lambang negara Malaysia atau lebih dikenali sebagai Jata Negara mempunyai maksud, ciri, dan nilai sesebuah negara sama seperti negara-negara lain yang ada di luar sana yang punyai lambang negara masing-masing.

    Mana-mana negara yang mewujudkan jata negara mereka sebenarnya ia telah menggabungkan ciri yang ada oleh sesebuah negara ke dalam satu bentuk lambang untuk identiti negara. Persamaan jata negara Malaysia pula adalah menyamai karakteristik Heraldic Eropah.

    Elemen dan sentimen seperti bunga raya yang diterapkan dalam jata negara Malaysia menunjukkan bunga ini adalah bunga kebangsaan yang digunakan dalam upacara rasmi dan simbol sesebuah negara. begitu juga dengan ciri-ciri lain yang punyai cerita dan maksudnya yang tersendiri

    Berbalik kepada kisah kronologi dan sejarah jata negara Malaysia yang ingin diketengahkan dalam orangperak.com kali ini adalah berkenaan dengan reka bentuk yang pernah diubah mengikut keadaaan dan faktor yang berkaitan dengan identiti negara.

    Kronologi Dan Sejarah Jata Negara

    Jata pada tahun 1895

    Versi asal jata negara yang digunakan sejak penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu lagi yang mana pada asalnya ia melibatkan 4 buah negeri sahaja iaitu Pahang, Perak, Selangor and Negeri Sembilan. Jata ini diperkenalkan pada tahun 1895 dengan motto ditulis dalam bahasa Jawi, Dipelihara Allah.

    Kronologi Dan Sejarah Jata Negara

    Jata pada tahun 1948

    Setelah kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada 31 Januari 1948, jata negara diubah selepas penambahan beberapa negeri dalam kerajaan persekutuan. Simbol mahkota juga turut diubah kepada simbol bulan dan bintang.

    Perisai pula ditambah 5 keris dan lambang untuk negeri Pulau Pinang berbentuk Princess of Wales feathers serta negeri Melaka berbentuk A Famosa turut ditambah. Motto Dipelihara Allah diubah kepada Bersekutu Bertambah Mut dan ditulis dalam bahasa melayu bertulisan jawi dan bahasa inggeris.

    Kronologi Dan Sejarah Jata Negara

    Jata pada tahun 1963

    Selepas Singapura, Sabah dan Sarawak bergabung dan membentuk Kerajaan persekutuan Malaysia, sekali lagi lambang jata negara diubah mengikut keadaan identiti semasa negara. Lambang negeri Melaka dan negeri Pulau Pinang pula diubah kepada pokok pinang dan pokok melaka. Jata ini diperkenalkan pada tahun 1963 dan hanya bertahan selama dua tahun.

    Kronologi Dan Sejarah Jata Negara

    Jata pada tahun 1965

    Selepas Singapura meninggalkan Kerajaan persekutuan Malaysia, jata negara sekali lagi diubah dengan menggugurkan lambang Singapura. Pengguran lambang Singapura digantikan dengan lambang bunga raya sebagai bunga kebangsaan.

    Kronologi Dan Sejarah Jata Negara

    Jata terkini

    Jata negara diubah lagi dengan rekaan dua ekor harimau yang lebih realistik. Terdapat juga sedikit perubahan pada lambang negeri Sarawak, Pulau Pinang and Sabah. Simbol Jata negara Malaysia ini digunakan sehingga sekarang.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.