● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:53
Syuruk
06:59
Zohor
13:04
Asar
16:21
Maghrib
19:03
Isyak
20:13
Sejarah

Disebalik Nama Kampung Raja Intan Suraya Di Sauk

19 Mar 2019 · 2 min baca · 215 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Kampung Raja Intan Suraya adalah merupakan sebuah kampung yang terletak di kawasan Sauk, Kuala Kangsar. Sebelum ia dikenali dengan nama Kampung Raja Intan Suraya, kampung tersebut dikenali dengan nama Kampung Baru Seberang Chendroh.

Kampung tersebut mendapat nama Kampung Baru Seberang Chendroh kerana faktor lokasi dan kedudukan kampung tersebut terletak berada di seberang sungai Perak yang mana ia berhampiran dan berada diseberang dengan empangan Chendroh melalui jalan Sauk ke Kuala Kangsar. Pada dalam tahun 1965, kampung yang masih tidak punyai nama rasmi itu akhirnya dapat nama barunya secara rasmi. Ianya tidak lain tidak bukan Kampung Raja Intan Suraya. Pernahkah anda tertanya-tanya, siapakah disebalik nama Raja Intan Suraya? Teruskan membaca untuk ketahuinya. Raja Intan Suraya dilahirkan pada tahun 1923 dengan nama asalnya iaitu Raja Zainab. Raja Intan Suraya adalah anakanda kepada Almarhum Sultan Iskandar (Sultan Perak ke 30) dengan Raja Perempuan Kelsom. Raja Intan Suraya menerima pendidikan di sekolah melayu yang ada di Kuala Kangsar dan mendapat pendidikan bahasa Inggeris secara kelas peribadi.

Sebalik Nama Kampung Raja Intan Suraya Di Sauk

Berikutan dengan hal menukar nama dari Raja Zainab kepada Raja Intan Suraya, ianya berlaku pada ketika Raja Intan Suraya berusia 44 tahun yang mana namanya ditukarkan dalam awal bulan Julai 1967. Hal ini adalah kerana faktor penyakit yang sentiasa mempengaruhi kesihatan Raja Intan Suraya sejak ketika usia 5 tahun lagi.

Sebalik Nama Kampung Raja Intan Suraya Di Sauk

Raja Intan Suraya - kredit kepada sembangkuala dan Raja Mimi Razman

Nama Raja Intan Suraya ini telah dicadangkan kepadanya oleh Raja Perempuan Taayah iaitu 3 tahun sebelum Raja Perempuan Taayah meninggal dunia ketika mencapai usia 70 tahun pada tarikh 18 Februari 1962. Nama yang dicadangkan oleh Raja Perempuan Taayah telah mendapat persetujuan kandanya iaitu Almarhum Sultan Idris II (Sultan Perak ke 33).

Sebalik Nama Kampung Raja Intan Suraya Di Sauk

Raja Perempuan Taayah

Ketika Raja Intan Suraya mencapai usia 40 tahun, Raja Intan Suraya telah mendaftarkan diri sebagai sukarelawan untuk perkhidmatan kebangsaan. Hal ini secara tidak langsung telah menjadikan Raja Intan Suraya sebagai wanita pertama dalam anggota keluarga kerabat diraja yang menjadi sukarelawan untuk perkhidmatan sedemikian. Raja Intan Suraya juga turut aktif sebagai ahli dalam Kaum Ibu Malaya yang mana hari ini dikenali sebagai Wanita UMNO dan Raja Intan Suraya menjadi pengerusi untuk Kaum Ibu Malaya sejak dari tahun 1963 sehingga tahun 1964. Sumber dan rujukan:

  • sembangkuala
  • The Straits Times 8 Julai 1967

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.