● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:54
Syuruk
06:59
Zohor
13:05
Asar
16:21
Maghrib
19:04
Isyak
20:14
Sejarah

Mitos Huruf A Untuk Pendaftaran Kenderaan Perak

21 Jan 2019 · 1 min baca · 130 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Perkara ini sudah lama tersebar tentang pemberian nombor plat kenderaan dengan pangkal A, B, C dan seterusnya adalah ditentukan berdasarkan kemampuan penduduk di sesebuah negeri untuk memiliki kenderaan.

Dikatakan warga Perak adalah yang merupakan orang pertama yang mampu untuk memakai kereta dan Perak juga telah mencatatkan jumlah pemilikan kenderaan paling tinggi ketika zaman itu. Ini adalah fakta yang tidak benar sama sekali! Untuk makluman anda, nombor pendaftaran kenderaan di negeri Perak pada asalnya bukanlah huruf A di pangkal depannya, tetapi huruf PK. Pentadbiran Tentera British telah menyusun semula sistem pendaftaran kenderaan pada tahun 1945 dengan menggantikan huruf PK ke huruf A untuk Perak, huruf B untuk Selangor dan lain-lain untuk mengelakkan kekeliruan antara Singapura dengan Selangor serta untuk mengelakkan kekeliruan antara Perak dengan Pulau Pinang yang belum ini huruf PG dan lain-lain. Jadi, apa yang tersebar di internet berkenaan dengan nombor pendaftaran kenderaan dengan huruf A asalnya ditentukan berdasarkan kemampuan penduduk di sesebuah negeri untuk memiliki kenderaan adalah tidak benar sama sekali kerana seperti yang diperkatakan tadi, nombor pendaftaran kenderaan untuk negeri Perak bermula dengan huruf PK pada asalnya sebelum diubah ke huruf A pada tahun 1945 untuk mengelak kekeliruan sahaja.

2 kereta perak terawal
Claude Henry Labrooy

Tertanya-tanya siapa orang pertama yang memiliki nombor pendaftaran kenderaan pertama dengan huruf A yang mewakili A1? Nama beliau adalah Claude Henry Labrooy dan merupakan seorang arkitek dan kontraktor di Ipoh, Perak pada waktu itu. Tapi sekarang, kami tidak tahu siapa yang memiliki nombor pendaftaran A1. Jika anda ada sebarang maklumat, bolehlah berkongsi dengan pembaca lain disini.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.