Kawasan Larangan Merokok Di Perak

Umum mengetahui bahawa merokok membahayakan kesihatan baik kepada perokok mahupun yang menghidu asap rokok tersebut. Bahkan kajian mendapati bahawa mereka yang menghidu asap rokok secara “second and third hand smoke” lebih berbahaya untuk kesihatan berbanding menghisap rokok secara lansung.

Di atas kesedaran tersebut, parlimen Malaysia telah menggubal akta untuk membendung penghisap rokok agar tidak merokok ditempat yang menjadi tumpuan awam. Dalam artikel kali ini orangperak.com akan menyenaraikan tempat-tempat yang dilarang merokok agar perokok tidak merokok dikawasan tersebut dan mengelak dari dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa kesihatan.

Kawasan Larangan Merokok Di Negeri Perak

Malaysia telah menjadi negara ahli dalam World Health Organization Framework Convention On Tobacco Control (WHO FCTC) semenjak dari 15 Disember 2005. Artikel 8, WHO FCTC yang bertajuk ‘Perlindungan Daripada Pendedahan Kepada Asap Tembakau’ mewajibkan negara-negara ahli melaksanakan langkah-langkah yang berkesan bagi melindungi orang awam daripada pendedahan kepada asap tembakau di tempat kerja dalam bangunan, pengangkutan awam, tempat-tempat awam dalam bangunan dan tempat awam yang lain dengan sewajarnya.

Untuk melindungi orang awam daripada bahaya asap rokok basi (Secondhand Tobacco Smoke), Kementerian Kesihatan Malaysia sehingga kini telah mewartakan 20 kategori tempat awam yang dilarang merokok di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Selain itu, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Kerajaan-Kerajaan Negeri, telah juga mewartakan zon-zon larangan merokok yang khusus di negeri-negeri, terutamanya di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan pelancong dan orang awam.

Berikut ialah senarai kawasan larangan merokok di bawah Peraturan-Peraturan Hasil Kawalan Tembakau 2004 :

  • Di dalam mana-mana pusat hiburan atau teater pada bila-bila masa apabila tempat itu dibuka kepada orang ramai kecuali mana-mana pub, disko, kelab malam atau kasino.
  • Di dalam mana-mana hospital atau klinik
  • Di dalam mana-mana lif awam atau tandas awam
  • Di dalam mana-mana tempat makan berhawa dingin atau kedai berhawa dingin
  • Di dalam mana-mana kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam
  • Di dalam mana-mana lapangan terbang
  • Di dalam mana-mana premis kerajaan
  • Di mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan di dalam sesuatu bangunan selain bangunan kediaman atau persendirian
  • Di mana-mana kawasan di dalam sesuatu institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi.
  • Di mana-mana kawasan di dalam suatu taman asuhan kanak-kanak
  • Di dalam mana-mana bas sekolah
  • Di mana-mana tingkat yang mempunyai kaunter perkhidmatan di dalam mana-mana bank atau institusi kewangan, Telekom Malaysia, Tenaga Nasional Berhad dan Pos Malaysia Berhad.
  • Di dalam mana-mana kompleks membeli-belah
  • Di mana-mana kawasan di dalam suatu stesyen minyak
  • Di mana-mana kawasan di dalam suatu stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gymnasium
  • Di dalam mana-mana bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan
  • Di mana-mana kawasan di dalam suatu perpustakaan
  • Di mana-mana kawasan di dalam suatu kafe internet atau,
  • Di mana-mana kawasaan di dalam Pusat Latihan Khidmat Negara.
  • Di dalam mana-mana tempat kerja berhawa dingin dengan suatu sistem hawa dingin berpusat.
  • Seluruh Hentian Rawat Dan Rehat (RnR) di seluruh Lebuhraya Malaysia.

Kawasan Larangan Merokok Di Negeri Perak

Dan yang terkini berdasarkan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (Pindaan 2017), taman awam, taman negeri dan taman negara telah dimasukkan kedalam senarai kawasan larangan merokok dan akan berkuat kuasa pada 1 Jun 2017. Individu yang gagal mematuhi peraturan larangan merokok di tempat awam boleh juga dikenakan denda sehingga RM10,000 atau dipenjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.