23.9 C
Ipoh
Tuesday, 10 December 2024

Kenali Pembuat Keris Agong Dan Sultan Perak

- Advertisement -
- Advertisement -

Keris bukanlah sekadar senjata untuk mempertahankan diri dari musuh-musuh durjana, tetapi ianya adalah lambang kepada masyarakat dan bangsa melayu sejak dari zaman dahulu lagi.

Keris adalah antara salah satu kebanggaan dan warisan negara yang wajar terus dipertahankan agar ianya tidak hilang ditelan dan hanyut dibawa arus edaran zaman yang menuju ke arah kemodenan.

Masyarakat melayu kita pada zaman dahulu kala jika keluar dari rumah, tidak lengkap rasanya jika tidak diselitkan keris di pinggang. Keris adalah salah satu alat wajib yang perlu dibawa ke mana-mana sahaja untuk pelbagai kegunaan.

Antaranya adalah sudah pasti untuk mempertahankan dari dari musuh dan binatang buas, untuk memotong sesuatu di dalam hutan dan macam-macam lagi. Keris yang juga melambangkan semangat dan keberanian dalam perjuangan masyarakat melayu pada hari ini semakin luput dalam hati generasi kita zaman sekarang.

Sungguh bernasib baik kita pada hari ini kerana masih boleh melihat keris-keris lahir di tangan individu hebat dan berpengaruh sahaja seperti Sultan, Agong dan sebagainya. Pernahkah anda bayangkan bagaimana keadaannya perihal keris pada 100 tahun yang akan datang?

Pembuat Keris Agong Dan Sultan Perak

Terdapat seorang individu cekal dan hebat serta mahir dalam pembuatan keris dengan menggunakan kaedah tradisional. Beliau adalah cicit kepada pelopor pertukangan keris keluarga ini yang mana adalah merupakan generasi yang ke empat dalam pembuatan keris di belakang Istana Iskandariah yang terletak di Bukit Chandan. Nama beliau adalah Abdul Mazin Bin Abdul Jamil dan sudah berumur 67 tahun pada tahun ini 2017.

Pembuat Keris Agong Dan Sultan Perak

Sejak dari dahulu lagi, generasi keluarga tukang besi yang digelar tukang mamat telah diamanahkan untuk membuat keris-keris kepada pembesar istana dan keluarga diraja Sultan Perak.

Abdul Mazin Bin Abdul Jamil yang merupakan anak jati Kampung Changkat Bukit Chandan mula belajar membuat keris sejak kecil lagi. Keris pertama yang beliau berjaya hasilkan adalah pada ketika beliau berumur 12 tahun.

Abdul Mazin Bin Abdul Jamil mula belajar ilmu pembuatan keris secara tradisional daripada ayahnya yang bernama Abdul Jamil Bin Pandak Lam sejak sekitar tahun 1960 lagi.

Menurut Abdul Mazin Bin Abdul Jamil, terdapat tiga jenis yang sering ditempah iaitu keris Anak Alang, keris Lok dan keris Hukum. Keris pertama yang pernah dihasilkan oleh Abdul Mazin Bin Abdul Jamil adalah keris Anak Alang yang bersaiz kecil.

Pembuat Keris Agong Dan Sultan Perak

Abdul Jamil Bin Pandak Lam, Generasi ke 3

Harga paling murah untuk keris yang ditempah adalah bermula dari RM850 dan keatas bergantung kepada corak, jenis dan rekaan yang diminta oleh pelanggan.

Ada juga keris yang mencecah ribuan ringgit kerana reka dan seni yang ditempah agak sukar untuk dibuat serta barangan yang mahal dan pembuatannya secara tradisional akan menjanjikan kualiti yang terbaik dan sudah pasti akan memuaskan hati pelanggan peminat keris melayu.

Pembuat Keris Agong Dan Sultan Perak

Jika dahulu bermula dari moyang Abdul Mazin yang bernama Pandak Yunus. Pandak Yunus serahkan ilmu dah legasi pembuatan keris secara tradisional kepada anaknya (datuk kepada Abdul Mazin) iaitu Pandak Lam.

Kemudian, Pandak Lam perturunkan pula ilmu dan legasi hebat ini kepada anaknya (ayah kepada Abdul Mazin) iaitu Abdul Jamil seterusnya Abdul Jamil perturunkan pula ilmu dan legasi pembuatan keris kepada Abdul Mazin.

Pembuat Keris Agong Dan Sultan Perak

Hari ini, giliran anak lelaki (anak ketujuh daripada 12 adik-beradik) Abdul Mazin pula yang sedang diperturunkan ilmu tentang pembuatan keris secara tradisional dan bakal menjadi waris tukang mamat generasi yang ke lima.

Apa yang diketahui, mereka adalah satu-satunya pembuat keris yang paling lengkap dari mula sehingga siap di Malaysia. Oleh itu, pewaris ini sedar bahawa mereka perlu memperkasakan diri untuk teruskan warisan bangsa ini agar tidak lenyap ditelan zaman.

Inilah tanggung-jawab berat yang terpaksa dipikul oleh keluarga Abdul Mazin untuk mempertahankan warisan keris melayu agar tidak seni pembuatannya secara tradisional tidak hilang dengan begitu sahaja.

Adalah wajar untuk pihak yang sepatutnya memberikan beliau pangkat datuk atau sebagainya untuk menghargai jasa beliau dalam mempertahankan warisan bangsa melayu di Malaysia.

Pembuat Keris Agong Dan Sultan Perak

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, tempahan keris kebanyakannya datang dari luar negara seperti Amerika Syarikat, New Zealand, England, Jepun dan banyak lagi yang rata-rata daripadanya bukan bangsa melayu.

Alasan mereka yang menempah keris ini adalah untuk menyimpan keris sebagai koleksi peribadi dan dijadikan cendera hati atau hadiah. Tidak sangka, keris amat diminati oleh negara luar! Sungguh menakjubkan!

Jika di tanah air kita negara Malaysia, tempahan keris yang dibuat oleh Abdul Mazin kebiasaannya adalah untuk Sultan Perak dan juga kegunaan Agong kita.

Ada juga tempahan dari rakyat biasa dan golongan vip untuk dijadikan sebagai koleksi simpanan peribadi tetapi tidak terlalu ramai dan sambutan kurang baik. Namun begitu, keris tetap ada peminat setianya di negara kita Malaysia yang cintakan warisan bangsa ini.

Pembuat Keris Agong Dan Sultan Perak

Dalam lawatan kami ke bengkel besi pembuatan keris Abdul Mazin tempoh hari pada 22 Julai 2017 telah disambut baik oleh mereka sekeluarga dan kami mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menerima kehadiran kami untuk mendapatkan maklumat berkenaan perusahaan keluarga Abdul Mazin.

Kami dari orangperak.com mengucapkan tahniah atas segala usaha Abdul Mazin dan keluarga dalam mempertahankan pembuatan keris untuk warisan bangsa melayu.

Pembuat Keris Agong Dan Sultan Perak

Untuk perhatian pembaca setia orangperak.com, jika anda berminat untuk menempah keris, anda boleh ke bengkel besi Abdul Mazin di Kampung Padang Changkat yang terletak di Bukit Chandan.

Lokasinya di belakang Istana Iskandariah. Hargailah keris yang merupakan warisan bangsa melayu ini sebelum ia hilang sepenuhnya.

- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here